More

    Samsung mula edar e-voucher RM700 — Petanda Galaxy Unpacked semakin dekat

    Samsung Malaysia nampaknya mula memberi bayangan bahawa acara Galaxy Unpacked seterusnya mungkin semakin hampir. Baru-baru ini, mereka mula mengedarkan e-voucher bernilai RM700 kepada pengguna menerusi aplikasi Samsung Members yang biasanya menjadi petanda pelancaran produk Galaxy generasi baharu.

    Berdasarkan jadual pelancaran tahun lalu, Samsung dijangka mengadakan acara Galaxy Unpacked sekitar Julai ini. Antara peranti yang dijangka diperkenalkan termasuk Samsung Galaxy Z Fold 8, Galaxy Z Flip 8, Galaxy Watch 9 dan mungkin juga Galaxy Watch Ultra 2. Terdapat juga khabar angin mengenai sebuah model baharu yang dikenali sebagai Galaxy Z Fold Wide, namun setakat ini Samsung masih belum mengesahkan sebarang maklumat rasmi.

    Ramai peminat berharap Samsung akan memberi tumpuan kepada dua perkara utama iaitu kapasiti bateri dan sistem kamera. Walaupun Galaxy Z Fold 7 dan Galaxy Z Flip 7 sebelum ini hadir dengan reka bentuk yang sangat nipis, pengguna masih mengharapkan peningkatan bateri yang lebih besar termasuk kemungkinan penggunaan teknologi bateri silikon karbon yang semakin popular dalam kalangan pengeluar telefon pintar.

    Seperti kebiasaan, Samsung juga dijangka akan memperkenalkan lebih banyak ciri kecerdasan buatan (AI) menerusi Galaxy AI. Selain fungsi AI sedia ada, terdapat spekulasi bahawa Samsung mungkin memperkenalkan ejen AI yang lebih pintar dan mampu melaksanakan lebih banyak tugasan secara automatik untuk pengguna.

    Bagi yang berminat mendapatkan e-voucher tersebut, Samsung Malaysia memaklumkan ia boleh ditebus menerusi aplikasi Samsung Members dan sah digunakan sehingga 4 Oktober 2026. Cara menebus e-voucher RM700 adalah seperti berikut:

    • Buka aplikasi Samsung Members
    • Pilih bahagian Carousel atau tab Benefits
    • Tebus e-voucher RM700 yang ditawarkan

    Selain e-voucher RM700 untuk peranti Galaxy baharu, pengguna turut berpeluang mendapatkan e-voucher tambahan termasuk RM200 untuk jam pintar serta baucar rujukan rakan yang menawarkan diskaun tambahan bagi produk terpilih. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung mula edar e-voucher RM700 — Petanda Galaxy Unpacked semakin dekat

    Samsung Malaysia nampaknya mula memberi bayangan bahawa acara Galaxy Unpacked seterusnya mungkin semakin hampir. Baru-baru ini, mereka mula mengedarkan e-voucher bernilai RM700...

    WhatsApp bakal jadi macam Telegram? Fungsi “username” kini dilancarkan secara berperingkat

    WhatsApp kini secara rasmi mula membuka tempahan username untuk pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia, menjelang pelancaran penuh ciri tersebut dalam beberapa...

    IBM perkenal cip 0.7nm pertama dunia – 100 bilion transistor dalam litar sekecil kuku

    IBM secara rasmi memperkenalkan cip transistor bawah 1nm pertama di dunia menerusi nod 0.7nm (7 angstrom / 7Å) dan merupakan satu pencapaian...

    Kongsi akaun Netflix lepas ni lagi susah? Setiap profil kini perlu e-mel yang berbeza

    Nampaknya langkah Netflix untuk mengehadkan perkongsian akaun masih belum selesai. Selepas memperkenalkan sistem “Household” beberapa tahun lalu, kini platform penstriman itu dilaporkan...

    LRT3 akhirnya beroperasi, tambang percuma selama sebulan!

    Perkhidmatan LRT3 Laluan Shah Alam yang mula beroperasi secara rasmi hari ini dijangka merekodkan antara 5,000 hingga 10,000 penumpang pada hari pertama...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...