More

    Siri Xiaomi 18 dilapor bakal jadi yang pertama menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 6

    Acara tahunan Snapdragon Summit dijadualkan berlangsung antara 22 hingga 24 September ini untuk melancarkan dua cip pemprosesan mercu iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 6 dan Snapdragon 8 Elite Gen 6 Pro. Kini, khabar angin terbaharu mendakwa Xiaomi akan menjadi yang pertama memasarkannya.

    Siri Xiaomi 18 akan merangkumi tiga model berbeza iaitu model standard, Pro dan Pro Max dengan spesifikasi tersendiri. Xiaomi 18 Pro Max akan dilengkapi dua kamera 200MP termasuk sensor utama LOFIC bersaiz 1/1.28 inci manakala Xiaomi 18 Pro hadir dengan skrin belakang lebih besar serta kemungkinan fungsi Privacy Display.

    Model asas Xiaomi 18 pula bersaiz sedikit besar melalui skrin 6.4 inci dan dipadankan dengan bateri berkapasiti 7,200mAh. Bagi komponen dalaman, Snapdragon 8 Elite Gen 6 dan 8 Elite Gen 6 Pro dihasilkan melalui proses 2nm serta menggunakan teras CPU Oryon generasi baharu dalam konfigurasi 2+3+3.

    Cip Elite standard dilengkapi GPU Adreno 845 bersama memori grafik terbina 12MB dan LLC 6MB manakala versi Elite Pro menggunakan GPU Adreno 850 bersama memori grafik 18MB dan LLC 8MB. Qualcomm juga dilaporkan sedang membangunkan satu lagi varian iaitu Snapdragon 8 Gen 6 versi bukan Elite.

    Struktur tiga gred cip ini diperkenalkan berikutan faktor harga memandangkan laporan awal menyatakan Snapdragon 8 Elite Gen 6 Pro berharga mencecah USD300. Atas faktor kos tersebut, hanya Xiaomi 18 Pro Max dan model Ultra akan datang yang akan menggunakan versi Pro, manakala Xiaomi 18 dan 18 Pro akan dijana oleh varian Elite standard.

    Ketiga-tiga peranti ini tidak akan dilancarkan secara serentak di pasaran. Laporan menyatakan Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max akan tiba dahulu pada September untuk memegang gelaran peranti pertama menggunakan siri Snapdragon 8 Elite Gen 6, manakala model Xiaomi 18 bersaiz kecil hanya akan dilancarkan pada Oktober.

    Strategi ini mengulangi sejarah tahun lepas apabila siri Xiaomi 17 menjadi peranti pertama yang menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Pandaily

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Xiaomi 18 dilapor bakal jadi yang pertama menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen...

    Acara tahunan Snapdragon Summit dijadualkan berlangsung antara 22 hingga 24 September ini untuk melancarkan dua cip pemprosesan mercu iaitu Snapdragon 8 Elite...

    Tamatnya era boleh lipat “flip”? Samsung Galaxy Z Flip 8 dijangka model terakhir

    Laporan terbaharu mendedahkan bahawa Galaxy Z Flip 8 berkemungkinan menjadi model boleh lipat jenis cangkerang terakhir daripada Samsung. Walaupun tiada pengesahan rasmi...

    Apple pesan 10 juta unit iPhone Ultra boleh lipat, bakal dilancar September ini

    Laporan terbaharu daripada Nikkei Asia mendedahkan Apple telah meminta pembekal untuk mengeluarkan sekitar 10 juta unit iPhone boleh lipat yang dijangka dinamakan...

    Instagram Edits kini sokong sarikata dwibahasa, fungsi “clip lock” dan lagu “trendy”

    Instagram telah melancarkan kemas kini untuk aplikasi penciptaan dan penyuntingan video tersendiri mereka, Edits. Kemas kini ini membawakan beberapa ciri baharu untuk...

    Sektor pusat data bakal guna 31% tenaga elektrik Malaysia menjelang 2035

    Penggunaan tenaga elektrik oleh sektor pusat data AI di Malaysia dijangka meningkat secara signifikan kepada 31 peratus bersamaan 73,274 gigawatt-jam (GWh) menjelang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured