More

    Samsung sahkan acara Galaxy Unpacked pada 22 Julai ini — Hadiah dan baucar kini tersedia!

    Samsung secara rasmi mengumumkan acara Galaxy Unpacked akan diadakan pada 22 Julai 2026 di London, United Kingdom. Acara ini bakal memperkenalkan barisan peranti terbaharu termasuk Galaxy Z Fold8, Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Flip8, Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch9 Ultra.

    Orang ramai boleh menyaksikan siaran langsung pelancaran ini melalui laman web rasmi Samsung, Samsung Newsroom dan saluran YouTube Samsung bermula jam 9 malam waktu Malaysia. Samsung turut membuka pendaftaran minat bagi peranti baharu tersebut bermula 8 hingga 22 Julai 2026.

    Pengguna yang mendaftar berpeluang memenangi hadiah dengan nilai keseluruhan sehingga RM62,944 serta menerima baucar elektronik tambahan bernilai RM120 selepas melengkapkan pendaftaran. Selain itu, Samsung menawarkan program Samsung Reservation+ bermula 8 hingga 24 Julai 2026.

    Melalui program ini, pelanggan boleh membayar RM50 untuk mendapatkan baucar bernilai RM250 yang boleh digunakan bagi pembelian peranti boleh lipat Galaxy akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung sahkan acara Galaxy Unpacked pada 22 Julai ini — Hadiah dan baucar kini...

    Samsung secara rasmi mengumumkan acara Galaxy Unpacked akan diadakan pada 22 Julai 2026 di London, United Kingdom. Acara ini bakal memperkenalkan barisan...

    CATL hasilkan bateri EV dengan waranti 1 juta kilometer, cas penuh bawah 9 minit

    CATL secara rasmi telah melancarkan bateri Tectrans II edisi pengecasan pantas yang disasarkan khusus untuk pasaran kenderaan komersial ringan dalam sektor logistik....

    Harga RAM naik lagi, Samsung dijangka untung 19 kali ganda kerana AI

    Samsung Electronics mengeluarkan unjuran pendapatan bagi suku kedua 2026 dengan jangkaan lonjakan keuntungan operasi sebanyak 19 kali ganda berbanding tempoh yang sama...

    Jerayawara Acer Day diadakan di Mid Valley, tawar jualan kilat serendah RM19!

    Acer Malaysia sedang menganjurkan siri jelajah Acer Day ke-10 sempena ulang tahun yang ke-50 di Mid Valley Megamall bermula 6 hingga 12...

    Akan datang, OnePlus, OPPO dan realme bakal gunakan sistem operasi yang sama

    Satu laporan terbaharu mendedahkan bahawa OPPO sedang melaksanakan pelan penyatuan syarikat yang akan menamatkan penggunaan OxygenOS dan realme UI pada peranti global...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...