More

    Nothing Phone (4b) tiba dengan cip SD 6 Gen 4, skrin AMOLED 6.77″ dan bateri 6,000 mAh

    Nothing secara rasmi memperkenalkan model telefon pintar terbaharu dalam siri 4b iaitu Nothing Phone (4b). Ia direka sebagai pilihan yang lebih mampu milik berbanding siri Phone (4a) namun tetap mengekalkan elemen rekaan lut sinar yang menjadi identiti jenama tersebut.

    Peranti menggunakan skrin Super AMOLED bersaiz 6.77 inci dengan resolusi 1080 x 2344 piksel dan kadar segar semula adaptif 120Hz. Skrinnya mampu mencapai kecerahan puncak sehingga 2,000 nits dan dilindungi oleh kaca Dragontail Pro. Ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 6 Gen 4 yang digandingkan dengan memori LPDDR4X 8GB dan pilihan storan UFS 2.2 sehingga 256GB.

    Sistem pengimejan peranti pula terdiri daripada kamera utama 50MP yang dilengkapi penstabilan imej optikal (OIS) dan elektronik (EIS) serta kamera ultra lebar 8MP dengan medan pandangan 119.5 darjah manakala kamera swafoto menggunakan sensor 16MP. Selain itu, peranti menjalankan sistem operasi Nothing OS 4.1 berasaskan Android 16 dengan tiga kemas kini peningkatan sistem operasi Android dan enam tahun kemas kini keselamatan.

    Baterinya pula berkapasiti 5,200mAh yang menyokong pengecasan berwayar 33W dan pengecasan berwayar berbalik 7.5W. Ciri tambahan lain termasuk sokongan Bluetooth 6.0, Wi-Fi 6, pengimbas cap jari optikal dalam skrin serta pensijilan kalis air dan debu IP64.

    Adakah Nothing Phone siri-b baharu ini cukup bagus untuk segmen pertengahan? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured