More

    TikTok bukan sekadar “scroll”, 85% pengguna Malaysia cari ilmu di sini

    Kajian terbaharu oleh firma perunding Kearney mendapati sekitar 80% pengguna TikTok di Malaysia menggunakan platform berkenaan untuk tujuan pembelajaran, pendedahan budaya dan kesejahteraan diri. Kajian yang melibatkan 1,003 responden rakyat Malaysia tersebut mengkaji corak penggunaan serta impak pencipta kandungan tempatan terhadap komuniti.

    Dapatan kajian menunjukkan 85% responden menggunakan TikTok untuk mendapatkan pengetahuan mengenai pelbagai topik manakala 72% menyatakan platform ini menyokong peningkatan kemahiran bagi perkembangan kerjaya dan akademik.

    Daripada sudut sosial dan ekonomi, 84% responden bersetuju TikTok membantu menghubungkan pelbagai budaya dan 65% merasakan ia memupuk rasa kekitaan. Platform ini turut dimanfaatkan oleh pencipta kandungan menerusi siri kesedaran budaya, usahawan tempatan yang menawarkan makanan tradisional mesra Muslim di TikTok Shop serta berkongsi ilmu biodiversiti.

    Aktivis turut menggunakan TikTok bagi tujuan pendedahan sivik selain kajian merekodkan 79% responden menggunakan platform ini untuk meneroka hobi baharu. Menerusi dapatan yang sama, 77% responden memanfaatkan TikTok untuk meredakan tekanan emosi dengan sokongan daripada organisasi kesihatan mental seperti The Inner Lynk, MIASA Malaysia dan Sage Centre.

    Kajian Kearney ini dijayakan melalui tinjauan terhadap responden berumur 18 hingga 60 tahun ke atas. Daripada jumlah sampel tersebut, seramai 990 responden merupakan pengguna aktif yang mengakses TikTok sekurang-kurangnya sekali seminggu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Siri REDMI Note 17 bakal dilancar secara rasmi di Malaysia pada 2 September ini

    Xiaomi secara rasmi mengumumkan bahawa siri REDMI Note 17 bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada 2 September 2026. Selain pengumuman tarikh pelancaran,...

    TikTok bukan sekadar “scroll”, 85% pengguna Malaysia cari ilmu di sini

    Kajian terbaharu oleh firma perunding Kearney mendapati sekitar 80% pengguna TikTok di Malaysia menggunakan platform berkenaan untuk tujuan pembelajaran, pendedahan budaya dan...

    Siri Acer CA1 rasmi di Malaysia: Android terbina, bateri 3 jam dan kamera 8MP...

    Siri Acer CA1 direka khas untuk fleksibiliti penggunaan di rumah menerusi tapak pemegang ErgoStand berroda yang membolehkan skrin dialihkan ke mana-mana ruang...

    Xiaomi bakal tayang robot manusia buat kali pertama kepada umum

    Presiden Kumpulan Xiaomi, Lu Weibing, mengesahkan bahawa robot keluaran mereka bakal diperkenalkan secara rasmi kepada orang ramai buat pertama kali di persidangan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured