More

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari berharga ~RM232

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan. Peranti dilengkapi skrin AMOLED segi empat tepat bersaiz 1.85 inci dengan resolusi 390 x 450 piksel dan menyokong kecerahan puncak tempatan sehingga 1,200 nits serta paparan sentiasa hidup (AOD).

    Peranti mempunyai ketebalan badan 9.9mm, berat 26 gram, kaca melengkung 2.5D dan bingkai rata dengan satu butang fizikal. Redmi Watch 6 Active dimuatkan dengan bateri berkapasiti 470mAh yang mampu bertahan sehingga 18 hari menerusi mod jimat bateri, 12 hari untuk penggunaan biasa dan berkurangan kepada enam hari sekiranya mod AOD serta pemantauan kesihatan aktif digunakan secara berterusan.

    Selain itu, jam pintar ini menyokong sambungan Bluetooth yang membolehkan pengguna menjawab panggilan suara menerusi mikrofon terbina dan menghantar balasan teks pantas. Bagi pasaran China, ia menyokong pembayaran imbasan kod QR untuk WeChat Pay dan Alipay yang akan diaktifkan menerusi kemas kini perisian pada September.

    Daripada sudut kecergasan, Redmi Watch 6 Active mampu menjejak lebih 140 jenis senaman bersama fungsi pengesan automatik untuk beberapa aktiviti asas. Ia turut dilengkapi penderia kadar denyutan jantung, tahap oksigen dalam darah (SpO2), pemantauan tidur dan tahap tekanan dengan sistem amaran automatik.

    Data senaman juga boleh diselaraskan secara terus ke aplikasi Apple Health bagi pengguna iOS. Redmi Watch 6 Active ditawarkan pada harga 349 yuan (~RM232) dalam tiga pilihan warna iaitu perak, merah jambu-jingga serta hitam atau kelabu. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...