More

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS dwi-frekuensi bermula RM3,699

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka titanium 49mm dalam pilihan warna Natural serta Black Titanium. Model baharu ini dilengkapi Health Sensing System yang menggunakan LED hijau lebih besar untuk mengukur kadar jantung setiap lima saat.

    Pemantauan variabiliti kadar jantung (HRV) turut diukur sehingga 24 kali lebih kerap, disokong ciri Readiness yang memberikan skor 0 hingga 10 untuk menilai tahap kesediaan fizikal pengguna berdasarkan aktiviti, beban latihan, bacaan penting dan tidur.

    Peningkatan utama lain melibatkan ketahanan bateri yang kini mencapai sehingga 50 jam untuk kegunaan harian dan 84 jam dalam mod kuasa rendah. Bagi aktiviti luar, pemantauan senaman dengan GPS penuh bertahan sehingga 25 jam manakala mod penjejakan senaman berpanjangan mampu beroperasi sehingga 45 jam.

    Apple Watch Ultra 4 mengekalkan skrin Retina dengan kecerahan puncak sehingga 3,000 nits, sokongan GPS dwi-frekuensi persis serta fungsi perhubungan satelit yang kini menyokong peta dan penghantaran gambar. Cip S11 turut membawakan ciri Pengecaman Bunyi untuk pengguna kurang pendengaran dan kawalan berasaskan kecerdasan audio.

    Di Malaysia, Apple Watch Ultra 4 dijual pada harga bermula RM3,699 bersama tali Alpine Loop, Trail Loop atau Ocean Band manakala pilihan Titanium Milanese Loop ditawarkan pada RM4,199. Tempahan awal dibuka bermula hari ini dan peranti akan mula dijual secara rasmi pada 18 September.

    Setiap pembelian menyertakan tawaran langganan percuma tiga bulan untuk Apple Fitness+ dan Apple Music bagi pelanggan baharu. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Siri Apple iPhone 18 Pro rasmi dengan aperture boleh laras, cip A20 Pro 2nm...

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max bagi pasaran Malaysia. Kedua-dua model mengekalkan saiz skrin OLED Super...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured