SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan besar kepada program berkenaan kerana ia akan membawa satelit pengeluaran Starlink V3 yang sedia menjana pendapatan dan memulakan peralihan daripada ujian demonstrasi kepada jadual pengeluaran tetap.
Tidak seperti 13 ujian penerbangan sebelum ini yang tertumpu pada ujian perkakasan dan demonstrasi muatan, penerbangan ke-14 ini dijadualkan meletakkan sekitar 20 unit satelit Starlink V3 ke orbit rendah Bumi yang stabil.

SpaceX mendakwa setiap satelit Starlink V3 mampu menyediakan kapasiti muat turun melebihi 1 Tbps iaitu sepuluh kali ganda lebih tinggi berbanding generasi V2. Saiz fizikalnya yang besar menyebabkan ia tidak boleh dibawa oleh roket Falcon 9.
Walau bagaimanapun, tarikh ini masih belum muktamad kerana tertakluk kepada beberapa prosedur kelulusan pengawalseliaan serta pendaftaran berkaitan operasi pelancaran dan satelit. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber:







