More

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi AI. Kemas kini membawakan Unified Rendering Architecture baharu yang menurunkan bebanan paparan grafik sebanyak 30 peratus dan mengurangkan penggunaan memori sebanyak 25 peratus berbanding versi terdahulu.

    Enjin Laminar Flow yang dinaik taraf mampu meningkatkan kestabilan pelancaran aplikasi sehingga 55 peratus serta mengekalkan kelancaran awal melebihi 90 peratus walaupun selepas enam tahun penggunaan berturut-turut. Pengurusan memori yang dioptimumkan juga membolehkan sistem menyimpan 25 peratus lebih banyak aplikasi di latar belakang sementara kepantasan memuatkan lakaran kecil galeri foto meningkat sebanyak 50 peratus.

    Daripada segi fungsi pintar, ColorOS 17 dikuasakan oleh AI Mind Pilot berserta Agent Mode yang membenarkan pengguna menyusun dokumen, melakukan carian rentas domain dan menjana laluan percutian secara automatik. Sistem ini turut menyertakan AI Photo Agent untuk padanan gaya, AI Mind Space untuk penyusunan memori berstruktur dan OSee yang menawarkan pengecaman objek dan terjemahan masa nyata hanya dengan menekan butang pengatup.

    Aspek keselamatan sistem ini diperkukuh dengan Private Computing Cloud yang menggunakan teknologi penyulitan pasca kuantum. Ia juga ditambah dengan ciri AI Call Guard bagi memantau panggilan penipuan secara masa nyata. ColorOS 17 akan ditawarkan secara rasmi buat pertama kali pada siri peranti mercu OPPO Find X10.

    Pengedaran kemas kini dijangka diperluaskan kepada model-model lain yang disokong secara berperingkat bermula hujung tahun 2026 sehingga awal tahun 2027. Beritahu kami di Facebook pendapat anda tentang kemas kini ColorOS 17 baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured