More

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di Malaysia. Acara ini menampilkan produk pengecasan, audio dan teknologi rumah pintar selain memperkenalkan tiga produk yang pernah dipamerkan di IFA 2026.

    Anker turut membuka Anker Selected Store ketiga di Malaysia yang terletak di Lot F1.41, Aras F, Sunway Pyramid. Dua cawangan sedia ada terletak di IOI City Mall dan IOI Damansara. Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai rangkaian kedai Anker Selected Store.

    Tiga produk utama yang dipamerkan ialah Anker Nano Charger 45W dengan paparan pintar, MagGo Power Bank 2 Pro dan soundcore AeroClip 2. Nano Charger menyokong pengecasan sehingga 45W, manakala MagGo Power Bank 2 Pro menawarkan pengecasan wayarles Qi2.2 sehingga 25W dan pengecasan semula 45W.

    AeroClip 2 pula mempunyai reka bentuk klip telinga terbuka, ciri pengurangan hingar panggilan berasaskan AI dan fungsi terjemahan masa nyata. Pameran ini turut menampilkan projektor Nebula P1, fon telinga Liberty 5 Pro Series serta produk penjagaan bayi pintar Anker eufy, termasuk Breast Pump S2 Pro, Bottle Washer S1 Pro dan Baby Monitor E21.

    Pengunjung boleh mencuba produk di ruang interaktif di LG2 Central Avenue, Sunway Pyramid sehingga 18 Oktober 2026. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...