More

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri 8,000mAh berharga RM3,699

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi peringkat mercu dalam reka bentuk bersaiz kecil. Tablet dilengkapi skrin AMOLED Eye-Comfort Matte berukuran 8.8 inci dengan resolusi 2.5K (2,520 x 1,680 piksel) dan kadar segar semula adaptif sehingga 144Hz.

    Panelnya pula menyokong kecerahan puncak sehingga 1,600 nits, kepadatan piksel 344 PPI serta teknologi anti-pantulan untuk mengurangkan silau cahaya di luar bangunan. Daripada segi prestasi, tablet dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Gen 5. Untuk pasaran tempatan, hanya satu konfigurasi memori ditawarkan iaitu RAM LPDDR5X 8GB dan storan dalaman 256GB UFS 4.1.

    Ia beroperasi menggunakan sistem operasi ColorOS 16.0. Baterinya berkapasiti 8,000mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 67W SUPERVOOC. Bagi keupayaan fotografi dan panggilan video, ia disertakan dengan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP.

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition menampilkan ketebalan 5.46mm dengan berat 282 gram serta hadir dalam satu pilihan warna iaitu Lavender Purple. Menurut syarikat, tablet ini turut menyokong pemindahan fail dan sambungan merentas ekosistem Android dan iOS. Tempahan untuk OPPO Pad Mini Matte Display Edition kini dibuka sehingga 29 Oktober 2026 melalui laman rasmi OPPO.

    Setiap tempahan menerima rebat RM200, sarung pelindung percuma dan pen stilus OPPO Pencil 3 manakala jualan rasmi di kedai fizikal akan bermula pada 30 Oktober 2026. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...