More

    WhatsApp memperkenalkan ‘Animated Stickers’, kod QR dan banyak lagi

    Semalam, WhatsApp mengumumkan beberapa ciri-ciri baru yang bakal hadir pada minggu yang akan datang iaitu Animated Stickers, kod QR, mod gelap untuk WhatsApp Web dan penambahbaikan pada panggilan video berkumpulan.

    Stickers adalah cara berkomunikasi yang makin banyak digunakan di dalam dunia kini dan dilaporkan berbilion Stickers dihantar di dalam aplikasi WhatsApp setiap hari. Kini, WhatsApp perkenalkan ciri terbaru iaitu Animated Stickers (Pelekat bergerak) yang lebih seronok dan menarik.

    Selain itu, Kod QR kini boleh digunakan untuk menambah kenalan di dalam WhatsApp. Jika anda berkenalan dengan orang baru, anda hanya perlu mengimbas kod QR mereka untuk masukkan mereka dalam ruang kenalan.

    Di dalam kemas kini yang akan datang ini, mod gelap akan disokong pada WhatsApp Web dan di komputer anda. Untuk panggilan video berkumpulan pula, WhatApp akan menyokong sehingga 8 orang di dalam sebuah panggilan. WhatsApp juga membolehkan pengguna untuk membesarkan video orang yang sedang bercakap untuk lebih fokus dalam panggilan berkumpulan.

    Bagaimana dengan penambahbaikan yang bakal tiba di WhatsApp tidak lama lagi? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured