More

    Katil sejuk dan panas selamatkan hubungan dengan pasangan

    Memaksa pasangan untuk berkongsi ruang tidur setiap malam mungkin menjadi perkara yang boleh mendatangkan masalah. Sleep Number merupakan satu-satunya syarikat yang cuba untuk mengekalkan keamanan di dalam kamar, dan kini usahanya untuk mengekalkan keselesaan tidur malam dengan kawalan suhu yang membolehkan mengawal suhu pilihan sendiri.

    Sleep Number pertama kali membuat nama untuk dirinya sendiri dengan garisan pada tilam yang boleh laras di udara juga membolehkan pasangan membuat pilihan samada keras atau lembut pada tilam mereka.

    Tetapan pilihan telahpun dikenali oleh pengguna Sleep Number, dan bertahun-tahun syarikat itu telah memperkenalkan pelbagai kaedah untuk memberikan tidur yang nyenyak, termasuk teknologi SleepIQ pintar yang mengesan pergerakan dan pernafasan untuk membantu mengurangkan masalah berdengkur di dalam tidur.

    Pada CES 2017, syarikat Sleep Number 360 telah memperkenalkan ciri baru dengan mempelajari setiap rutin waktu tidur pengguna dan kemudian secara automatik meningkatkan suhu pada bahagian kaki katil untuk menjadikan tidur lebih mudah dan selesa. Di CES 2020 pula, syarikat itu mengembangkan idea terbaru dengan katil pintar Climate360 yang boleh memanaskan dan menyejukkan keseluruhan tilam berdasarkan keutamaan setiap pengguna.

    Menggunakan gabungan sensor, tekstil canggih, bahan-bahan perubahan fasa (bahan yang boleh menyerap atau melepaskan tenaga untuk membantu pemanasan serta penyejukan), penyejatan, dan sistem pengudaraan, katil Climate360 boleh dikatakan mencipta dan mengekalkan mikroklimat yang berasingan pada setiap sisi katil, dan membuat penyesuaian sepanjang malam berdasarkan pergerakan tidur yang menunjukkan tahap ketidakselesaan. Apa yang tidak direka pada katil ini adalah sistem penghawa dingin sepenuhnya, bagaimanapun, tempat tidur hanya boleh menyejukkan setiap sisi dengan kira-kira 12 darjah, tetapi dapat memanaskannya sehingga 100 darjah jika anda lebih suka tidur dalam keadaan panas.

    Katil Climate360 melalui rutin automatik sepanjang malam menjadikan Sleep Number menjadi pilihan katil yang bijak dengan membuatkan tidur lebih nyenyak, termasuk memanaskan katil dengan lembut, dan kemudian menyejukkannya semasa tidur untuk membantu mereka berasa selesa.

    Tidur yang selesa tidak datang dengan harga yang murah, dimana apabila katil pintar Climate360 tersedia pada tahun 2021, ia mungkin akan dijual pada harga agak tinggi iaitu $ 8,000 ( RM 32,808.00). Apa komen anda? Komen di laman Facebook kami dan nantikan berita teknologi terkini di TechNaveBM.com.  

    Sumber: GIZMODO

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured