More

    Kerajaan jemput anda bina Rangka Kerja Identiti Digital Nasional untuk mudahkan pengesahan biometrik

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memulakan proses pengumpulan pandangan orang ramai dalam membentuk Rangka Kerja Identiti Digital Nasional, iaitu sebuah sistem pengesahan identiti secara elektronik berdasarkan ciri-ciri biometrik. Maklum balas daripada pihak awam tentang Identiti Digital Nasional akan dipertimbangkan dalam menilai ranga kerjanya untuk kesesuaian Malaysia.

    SKMM mengatakan inisiatif ini membenarkan pengesahan identiti daripada sumber yang sahih dengan cepat, mudah dan selamat. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan jenayah pemalsuan dan penipuan identiti secara dalam talian.

    Melalui Identiti Digital Nasional, butiran seperti cap jari, pengecaman wajah, iris dan maklumat demografik akan direkodkan. Perkara seperti ini telah pun dilaksanakan dalam negara seperti Estonia, Emiriyah Arab Bersatu dan United Kingdom.

    Jika anda berminat untuk memberi pandangan anda kepada SKMM, anda boleh layari laman web rasmi sebelum Jumaat, 7 Ogos. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan inisiatif SKMM ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured