More

    NEOGEO Mini Game Console dilancar oleh Xiaomi, dilengkapi 40 ‘game’ klasik termasuk Metal Slug & King of Fighters

    Syarikat video game ternama dari Jepun, SNK Corporation, telah melancarkan konsol kecil NEOGEO Mini Game Console di laman web Xiaomi Youpin. Konsol ini menampilkan rekaan mesin arked 1990-an secara kecil dan menyertakan pelbagai game klasik daripada era tersebut.

    Daripada segi dimensi, ia mempunyai ukuran 108x135x162mm dan berat 390g. Skrin LCD-nya berukuran 3.5 inci dengan nisbah aspek 4:3 dan turut mempunyai butang-butang kawalan kecil, membuatkannya mudah dibawa dan dimainkan di mana-mana.

    Selain itu, ia juga boleh dihubungkan dengan controller luaran untuk bermain secara dua orang dan dengan televisyen melalui hubungan HDMI Mini. Konsol kecil ini dilengkapi lebih 40 game klasik daripada SNK termasuk the King of Fighters, King of the Monsters, Metal Slug dan banyak lagi.

    Ia dijual di laman web Xiaomi Youpin pada harga CNÂ¥699 (~RM420) dan masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Namun memandangkan Xiaomi turut menjual pelbagai alat elektronik di Malaysia, kita boleh menjangkakan konsol kecil ini tidak lama lagi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Siri REDMI Note 17 bakal dilancar secara rasmi di Malaysia pada 2 September ini

    Xiaomi secara rasmi mengumumkan bahawa siri REDMI Note 17 bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada 2 September 2026. Selain pengumuman tarikh pelancaran,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured