fbpx
More

    Xiaomi failkan permohonan penjenamaan untuk POCO F2

    Para peminat POCOPHONE F1 boleh mengharapkan pengumuman sekuel kepada peranti tersebut pada tahun ini. Menurut sumber, pembina peranti tersebut, Xiaomi, telah pun memfailkan penjenamaan untuk POCO F2 di China.

    Beberapa tangkapan skrin yang menunjukkan permohonan untuk jenama “POCO F2” telah dikongsikan di Twitter oleh @_the_tech_guy. Gambar-gambar tersebut menunjukkan permohonan telah difailkan pada 4 Disember 2019 di Pejabat Tanda Dagangan China dengan nombor permohonan 4280005.

    Permohonan ini membuktikan bahawa pengganti kepada POCOPHONE F1 kini sedang dihasilkan, walaupun tarikhnya masih belum dikenal pasti. Para peminat boleh mengandaikan telefon tersebut akan dilancarkan pada Februari atau Mac kerana POCOPHONE F1 dilancarkan dua bulan selepas permohonan penjenamaannya.

    Adakah anda teruja dengan berita terkini tentang POCO F2 ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar yang terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    vivo Y18 rasmi dengan skrin paling terang dalam segmen permulaan, penarafan IP54 bermula ~RM511

    vivo baru sahaja memperkenalkan model telefon pintar Y18 baharu di India. vivo Y18 merupakan telefon pintar dalam segmen permulaan yang memuatkan beberapa...

    Siri Xiaomi Pad 7 akan dilancarkan Oktober ini, boleh ‘plug and play’ dengan EV...

    Xiaomi mungkin bersiap sedia untuk pelancaran beberapa peranti perdana pada Oktober ini termasuk siri tablet perdana baharunya, siri Xiaomi Pad 7. Barisan...

    Nokia 3210 yang ikonik pada 90-an kini diberi nafas baharu dengan 4G

    HMD Global yang merupakan syarikat di sebalik peranti Nokia sedang melakar nostalgia. Menjelang pelancaran semula Nokia 6310, HMD Global kini juga sedang...

    Xiaomi 15 akan jadi peranti pertama dengan Snapdragon 8 Gen 4, bakal dilancar Oktober...

    Minggu lepas, satu laporan mendakwa bahawa Xiaomi mempunyai hak pelancaran pertama eksklusif untuk cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4 yang akan datang....

    Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) rasmi di Malaysia: Skrin 10.4″, sokong S Pen...

    Samsung Malaysia mengumumkan bahawa tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) telah tiba di pasaran Malaysia secara rasmi dengan memori RAM 4GB...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X