More

    MediaTek mohon lesen dari Amerika untuk bekalkan cipset kepada HUAWEI

    Baru-baru ini, MediaTek mengumumkan ia telah memohon lesen untuk membekalkan cipset kepada HUAWEI. Memandangkan TSMC telah disekat untuk membekalkan cipset kepada HUAWEI bermula 15 September ini, MediaTek sepertinya mengambil langkah yang baik.

    Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai spekulasi mengenai Cipset Kirin 9000 yang dikatakan adalah cipset terakhir dari HUAWEI kerana kontrak pembuatan cipset bersama syarikat TSMC telah dihalang akibat ketegangan antara HUAWEI dan Amerika Syarikat. Cipset ini mungkin akan menjana HUAWEI Mate40.

    Sebenarnya, MediaTek adalah pilihan yang baik sebagai pembekal cipset untuk HUAWEI memandangkan prestasi cipsetnya kini sudah mula meningkat. Anda boleh membaca berita lepas mengenai cipset Dimensity 1000+.

    Setakat ini, permohonan lesen ini masih belum diketahui kelulusannya. Apa pun, nantikan beritanya dari Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda rasa MediaTek adalah pembekal cipset terbaik untuk HUAWEI? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

    Sumber: unwire.hk

     

    Artikel Terkini

    Sektor pusat data bakal guna 31% tenaga elektrik Malaysia menjelang 2035

    Penggunaan tenaga elektrik oleh sektor pusat data AI di Malaysia dijangka meningkat secara signifikan kepada 31 peratus bersamaan 73,274 gigawatt-jam (GWh) menjelang...

    Hotlink Travel SIM 7 hari dilancarkan — Internet 5G tanpa had 4 negara pada...

    Hotlink memperluaskan penawaran SIM Travel mereka dengan memperkenalkan pilihan tempoh sah 7 hari yang baharu pada harga RM25. Pelan baharu ini menawarkan...

    Sony tamatkan pengeluaran cakera fizikal untuk “game” baharu bermula 2028

    Sony mengumumkan penamatan pengeluaran cakera permainan fizikal untuk semua permainan baharu di platform PlayStation bermula Januari 2028. Keputusan ini bermakna setiap permainan...

    Nothing Ear (3a) dengan 4 pilihan warna sah bakal dilancar pada 7 Julai ini

    Nothing mengumumkan fon telinga wayarles terbaharu Nothing Ear (3a) akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Julai ini. Pengenalan produk audio audio itu...

    Predator Helios 18 AI rasmi di Malaysia — Skrin 4K mini LED, RTX 5090...

    Acer Malaysia melancarkan komputer riba Predator Helios 18 AI yang dikuasakan oleh cip Intel Core Ultra 9 290HX Plus dengan kelajuan turbo...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured