More

    Siri realme X7 dilancarkan: Dimensity 1000+, 120Hz, cas pantas 65W berharga ~RM1,092

    Terkini, siri realme X7 telah dilancarkan di pasaran China. Siri terbaru ini hadir dengan model realme X7 dan realme X7 Pro bersama penawaran spesifikasi yang agak baik dalam industri telefon pintar.

    Anda boleh menyemak dahulu spesifikasi asas realme X7 dan realme X7 Pro seperti di bawah.

    realme X7

    • MediaTek Dimensity 800U
    • RAM 6GB/8GB + storan 128GB
    • Paparan AMOLED 6.4 inci, 180Hz kadar persampelan (1080 x 2400 piksel)
    • Nisbah skrin ke badan 90.8%
    • Kamera utama 64MP + 8MP ultra lebar + 2MP lensa B&W + 2MP lensa makro
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4300mAh
    • Pengecasan pantas 65W SuperDart
    • realme UI dengan Android 10

    realme X7 Pro

    • MediaTek Dimensity 1000+
    • RAM 8GB + storan sehingga 256GB
    • Paparan S-AMOLED 6.55 inci, 120Hz kadar segar semula + 240Hz kadar persampelan (1080 x 2400 piksel)
    • Nisbah skrin ke badan 91.6%
    • Kamera utama Sony IMX686 64MP + 8MP ultra lebar + 2MP lensa potret + 2MP lensa makro
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4500mAh
    • Pengecasan pantas 65W SuperDart
    • realme UI dengan Android 10
    • Menyokong dua frekuensi GPS dan NFC
    • Pembesar suara stereo

    Untuk pengetahuan anda, kamera swafoto pada siri realme X7 menampilkan sokongan mod potret, HDR, pengesanan wajah, mod super night scene, video slow-motion dan rakaman 30fps 1080p. Kamera utama pula menyokong mod profesional, super makro, penstabilan UIS dan UIS Max.

    Harga siri realme X7 adalah seperti di bawah berdasarkan harga di pasaran China yang ditukarkan ke dalam nilai mata wang Ringgit Malaysia.

    realme X7:

    • 6GB + 128GB = 1,799 Yuan (~RM1,092)
    • 8GB + 128GB = 2,399 Yuan (~RM1,456)

    realme X7 Pro:

    • 6GB + 128GB = 2,199 Yuan (~RM1,334)
    • 8GB + 128GB = 2,499 Yuan (~RM1,517)
    • 8GB + 256GB = 3,199 Yuan (~RM1,941)

    Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat jika peranti ini bakal masuk ke pasaran Malaysia atau tidak. Beritahu kami jika anda berminat dengan peranti ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured