More

    Dell XPS 13, XPS 13 2-dalam-1 dengan pemproses Tiger Lake bakal masuk Malaysia, bermula RM5999

    Dell Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk komputer riba Dell XPS 13 dan XPS 13 2-dalam-1 yang menggunakan pemproses Intel Tiger Lake (11th Gen Intel Core) ke pasaran Malaysia bulan Oktober ini.

    Dell XPS 13 bakal dijual bermula RM6,399 manakala Dell XPS 13 2-dalam-1 dijual bermula harga RM5,999. Kedua-dua komputer riba bakal hadir dengan ciri grafik Intel Iris Xe, casis aluminium premium dan skrin kualiti sehingga 4K dengan bezel nipis. Laptop ini juga menyokong port Thunderbolt 4 yang membolehkan anda menyambungkannya ke dua paparan 4K atau sebuah paparan 8K.

    Berikut adalah spesifikasi penuh Dell XPS 13 dan XPS 13 2-dalam-1:

    Dell XPS 13 (Harga bermula RM6,399)

    • Pemproses Intel Generasi 11 i5-1135G7
    • RAM 8GB
    • Storan SSD 512GB
    • Grafik Intel Iris Xe
    • Windows 10
    • Paparan boleh sentuh sehingga 4K UHD+ Touch Display (3840×2400), Touch Optional
    • Kamera IR dengan kebolehan Windows Hello
    • Tersedia dengan ruang letak tangan yang dilitupi CNC aluminium berwarna Platinum Silver bersama komposit karbon fiber hitam.
    • Ruang letak tangan yang dilitupi CNC aluminium berwarna Frost silver bersama gentian kaca tenunan putih Artik.
    • Litupan tahan UV dan kotoran

    Dell XPS 13 2-dalam-1 (Harga bermula RM5,999)

    • Pemproses Intel Generasi 11 i5-1135G7
    • RAM 8GB
    • Storan SSD 256GB
    • Grafik Intel Iris Xe
    • Windows 10
    • Paparan boleh sentuh sehingga 4K UHD+ Touch Display (3840×2400)
    • Kamera IR dengan kebolehan Windows Hello
    • Engsel boleh lipat 180 darjah
    • Tersedia dengan ruang letak tangan yang dilitupi CNC aluminium berwarna Platinum Silver bersama komposit karbon fiber hitam.
    • Ruang letak tangan yang dilitupi CNC aluminium berwarna Frost silver bersama gentian kaca tenunan putih Artik.
    • Litupan tahan UV dan kotoran

    Adakah anda pengguna komputer riba Dell XPS? Kongsikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured