More

    Anda kini boleh cari tajuk lagu di Google walaupun tak tahu lirik, ini caranya!

    Kami pasti sesebuah irama lagu pernah melekat di kepala anda. Anda ingin mencari tajuknya, tetapi tidak tahu lirik sebenarnya. Masalah sebegini kini boleh diselesaikan melalui Google. Terkini, Google telah mengumumkan bahawa anda boleh senandungkan lagu atau bersiul untuk mencari tajuk lagu tersebut.

    Mudah sahaja, anda hanya memerlukan versi terkini aplikasi Google di telefon anda. Carian lagu ini adalah melalui Google Sound Search yang ada pada carian aplikasi Google anda. Terdapat dua cara yang anda boleh ikuti, lihat langkahnya di bawah!

    Cara Pertama

    1. Buka aplikasi Google, pastikan ianya sudah dikemas kini.
    2. Tekan ikon mikrofon dan sebut ‘What’s this song?’/klik butang ‘Search a Song’
    3. Paparan ‘Listening’ akan muncul dan anda boleh senandungkan lagu (hmmm hmmm, lalalala atau apa sahaja mengikut irama lagu yang anda mahu), siulan atau apa-apa lirik yang anda ingat.
    4. Google akan memaparkan hasilnya iaitu lagu yang anda ingin cari.

    Cara Kedua (melalui Google Assistant)

    1. Aktifkan Google Assistant anda.
    2. Apabila Google Assistant mulai mendengar, sebut ‘Hey Google, what’s this song?’.
    3. Paparan ‘Listening’ akan muncul dan anda boleh senandungkan lagu (hmmm hmmm, lalalala atau apa sahaja mengikut irama lagu yang anda mahu), siulan atau apa-apa lirik yang anda ingat.
    4. Google akan memaparkan hasilnya iaitu lagu yang anda ingin cari.

    Untuk pengetahuan anda, melodi yang anda berikan kepada Google akan ditukar kepada urutan nombor yang mewakili melodi lagu sebenar. Ianya akan disesuaikan dengan mana-mana lagu yang sesuai. Teknologi ini ialah hasil dari kumpulan AI Research bahagian teknologi pengesanan muzik di Google.

    Adakah anda gembira dengan ciri baru Google ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured