More

    Intel lancarkan GPU Iris Xe MAX untuk prestasi grafik tinggi dalam komputer riba kecil

    Sedia maklum bahawa kebanyakan komputer riba yang nipis mempunyai unit pemproses grafik yang disepadukan (integrated graphics processing unit, iGPU) dengan cipset CPU, menjadikan prestasi grafik komputer riba agak lemah. Kini, Intel telah melancarkan Intel Iris Xe MAX GPU iaitu unit GPU yang berasingan (discrete, dGPU) daripada CPU.

    Menurut Intel, Iris Xe MAX didasarkan pada seni bina yang sama dengan Iris Xe, sebuah iGPU yang terdapat dalam CPU Intel Core generasi ke-11. Iris Xe MAX mempunyai kelajuan clock 1.65GHz dan boleh mengekod (encode) sebanyak 1.78 kali lebih pantas daripada kad grafik PC. Ia turut mempunyai ciri Deep Link yang menggabungkan CPU dan GPU di bawah perisian yang sama untuk berkongsi sumber tenaga dan menaikkan prestasi sewaktu ia diperlukan.

    Intel mengatakan dGPU baru ini membolehkan komputer riba kecil untuk memainkan game dalam resolusi 1080p dan ia sudah pun mempunyai prestasi yang lebih tinggi daripada GPU NVIDIA MX350. Setakat ini, tiga komputer riba sudah pun dilancarkan yang akan mempunyai dGPU ini iaitu Acer Swift 3, ASUS VivoBook Flip TP470 dan Dell Inspiron 15 7000 2-in-1.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki komputer riba dengan dGPU ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Intel

     

    Artikel Terkini

    Boost SME dilancar: Platform perbankan digital PKS dengan faedah harian 3.0%

    Boost melancarkan Boost SME iaitu sebuah platform perbankan digital sepenuhnya yang menghimpunkan perkhidmatan kewangan, pembayaran dan perbankan dalam satu ekosistem. Langkah ini...

    Samsung jadi pengeluar TV dan monitor rasmi untuk Call of Duty: Modern Warfare 4

    Samsung Electronics mengumumkan kerjasama eksklusif bersama Activision untuk menjadi rakan kelengkapan paparan dan audio rasmi permainan Call of Duty: Modern Warfare 4....

    Kereta EV pertama Ferrari dilelong pada harga $40 juta

    Ferrari Luce yang merupakan kereta elektrik (EV) pertama keluaran Ferrari telah dijual pada harga $40 juta (~RM177 juta) dalam satu acara lelong....

    Sony tamatkan cakera fizikal PS5, harga “game” digital akan lebih murah?

    Sony mengesahkan akan menghentikan pengeluaran cakera fizikal bagi permainan baharu PlayStation bermula Januari 2028. Keputusan ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna bahawa...

    Google kini benarkan pengguna Gemini buang “watermark” pada kandungan AI

    Google mengemaskini platform Gemini dengan memperkenalkan tetapan baharu yang dinamakan Media Watermark. Tetapan ini memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengekalkan atau mengalih...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured