More

    Spesifikasi POCO M3 bocor, dilengkapi Snapdragon 662 dengan bateri 6000 mAh

    Semalam, POCO telah mengesahkan pelancaran POCO M3 pada 24 November ini untuk pasaran global. Acara ini akan berlangsung secara dalam talian (8 malam waktu Malaysia) melalui saluran media sosial mereka.

    Sejurus pengesahan acara ini, terdapat sumber baru yang timbul di dalam talian mengenai telefon terbaru dari POCO ini. Berdasarkan sumber, POCO M3 ini bakal hadir dengan cipset Snapdragon 662 dengan bateri bersaiz 6,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

    Selain itu, POCO M3 juga dikhabarkan akan hadir dengan skrin 6.53 inci yang menempatkan kamera swafotonya pada takuk titisan airnya. Untuk bahagian belakang pula, ia akan menggunakan tiga kamera dengan kamera utama 48MP. Berdasarkan sumber juga, POCO M3 ini akan dilengkapi dengan pembesar suara stereo.

    Jika dilihat pada sumber sebelum ini, POCO M3 berkemungkinan besar adalah penjenamaan semula Redmi 10 atau Redmi Note 10 4G. Berdasarkan penyenaraian dari TEENA, ia bakal hadir dengan ukuran 162.3 x 77.2 x 9.6mm dan berat 198g. Untuk memori, ia akan dilengkapi dengan RAM 6GB bersama storan 256GB.

    Gambar Redmi 10 di TENAA

    Tambahan lagi, telefon ini juga akan datang dengan perisian Android 10, slot kad microSD dan pengesan cap jari pada bahagian sisinya.

    Adakah anda teruja dengan telefon terbaru POCO yang bakal memasuki Malaysia ini? Nantikan berita lanjut mengenai telefon ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...