More

    Inilah rupa siri Redmi Note 9 baru yang dilengkapi kamera 108MP, Snapdragon 750G

    Siri Redmi Note 9 baharu bakal dilancar di pasaran China. Usah keliru, siri Redmi Note 9 ini tidak sama dengan siri Redmi Note 9 terdahulu. Siri peranti baru ini dilapor akan hadir dengan tiga varian; Redmi Note 9 5G, Redmi Note 9 Pro 5G dan satu lagi varian 4G (didakwa sebagai Redmi Note 9T). Sumber kini telah mendedahkan gambar sebenar siri Redmi Note 9.

    Walaupun gambarnya didedahkan, namun kami masih tidak mendapat maklumat rasmi dan tepat mengenai peranti ini. Kami tidak pasti peranti manakah adalah Redmi Note 9 5G atau Redmi Note 9 Pro 5G. Apa pun, rekaan siri Redmi Note 9 baharu ini seperti mengesahkan dakwaan bahawa ia adalah penjenamaan semula daripada Xiaomi Mi 10T Lite 5G, tetapi bersama spesifikasi sedikit berbeza.

    Paparan siri Redmi Note 9 baharu di laman rasmi Redmi, Weibo
    Salah satu varian dalam siri Redmi Note 9 baharu
    Ini pula adalah Xiaomi Mi 10T Lite 5G

    Untuk pengetahuan anda, siri Redmi Note 9 baharu mungkin mempunyai rupa rekaan yang sama, tetapi tidak pada spesifikasi tertentu. Contohnya, varian tertinggi dalam siri baharu dilapor akan dilengkapi kamera 108MP dan cipset Snapdragon 750G. Anda boleh menyemak berita lepas mengenai spesifikasi siri Redmi Note 9 baharu disini.

    Apa pun, nantikan maklumat rasmi mengenai spesifikasi baharu siri Redmi Note 9 ini melalui berita pelancarannya pada 26 November 2020 di pasaran China. Apakah pendapat anda mengenai peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Redmi di Weibo

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured