Semalam, kami telah melaporkan mengenai siri OPPO Reno5 baharu yang bakal dilancar dahulu di pasaran China pada 10 Disember. Terkini, terdapat sumber yang menyatakan bahawa modul kamera pada panel belakang dibina dengan bahan yang bercahaya dalam gelap.
Menurut sumber, modul kamera yang menempatkan beberapa lensa kamera pada panel belakang OPPO Reno5 ini direka dengan teknologi Reno Glow 2.0 Star Diamond. Anda boleh melihat sendiri tontonan bagaimana modul kamera ini boleh bercahaya dalam kegelapan seperti dalam video di bawah.


Sepintas lalu, siri OPPO Reno5 bakal hadir dengan cipset Snapdragon 765G/MediaTek Dimensity 1000+/Snapdragon 865. OPPO Reno5 Pro bakal hadir dengan kamera swafoto 32MP, empat kamera utama 64MP dan pengecasan pantas 65W.
Peranti baharu ini bakal tampil dengan rekaan skrin melengkung dengan pilihan warna Galaxy Dream, Moonlight Black dan Aurora Blue. Anda boleh menyemak berita lepas mengenai khabar angin spesifikasinya.
Apakah pandangan anda mengenai siri OPPO Reno5 setakat ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: IT Home







