Siri OnePlus 9 yang akan dilancar pada tahun depan mungkin akan terdiri daripada tiga varian iaitu OnePlus 9, OnePlus Pro dan OnePlus 9 Lite, di mana OnePlus 9 dan 9 Pro akan dilengkapi cipset andalan terbaru Snapdragon 888 manakala 9 Lite akan dilengkapi cipset Snapdragon 865.
Ini akan membuatkan OnePlus 9 Lite lebih mirip dengan OnePlus 8T. Spesifikasi 9 Lite dijangka akan terdiri daripada RAM 8GB, storan dalaman 128GB, bateri 4,500mAh, paparan AMOLED dengan kadar segar semula sehingga 120Hz dan empat kamera.
Jika maklumat ini benar, ini bermaksud OnePlus akan menawarkan sebuah lagi telefon kelas pertengahan di samping OnePlus Nord. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Android Central







