fbpx
More

    Ulasan Huawei nova 5T – Peranti terbaik fotografi dengan nilai yang hebat

    Pada zaman yang serba canggih ini, orang ramai biasanya mengejar kualiti dalam pelbagai aspek kehidupan. Untuk prestasi yang tinggi, peranti yang baik seharusnya memiliki reka bentuk berprofil tinggi. Untuk memuaskan hati pengguna, siri Huawei nova sekali lagi melancarkan peranti Huawei nova 5T yang berprofil tinggi dan penuh gaya yang mana telah menjadi topik hangat! Terkenang kembali ketika pertama kali melihat Huawei nova 5T, saya sangat tertarik dengan reka bentuknya!

    Dengan harga RM1599, bagaimanakah tahap prestasi peranti dengan reka bentuk yang bergaya ini? Ayuh kita uji peranti ini!

    Reka bentuk – Dengan kos yang sederhana, tetapi reka bentuk mewah

    Huawei nova 5T menawarkan 3 skema warna yang dinamakan Midsummer Purple, Crush Blue dan hitam. Warna Midsummer Purple ialah warna yang paling menarik dalam kalangan warna Huawei nova 5T yang lain! Walaupun peranti Huawei nova 5T menggunakan kaca yang sama seperti peranti pintar lain, peranti ini turut menambah rekaan logo nova penuh di belakang peranti. Dengan warna yang terkini, ia sememangnya menunjukkan imej nova. Penampilan keseluruhannya telah menambah banyak mata!

    Menyokong slot dwi-SIM
    Nyahkunci menggunakan cap jari (fingerprint)/ butang power dan butang kelantangan (volume)
    Port USB Type-C dan gril pembesar suara

    Huawei nova 5T menggunakan reka bentuk skrin berlubang (punch hole) pada bahagian hadapan peranti. Oleh kerana lensa hadapan peranti ditetapkan di sebelah kiri bahagian atas, kedudukan ini menjadikan keberkesanan lensa kurang apabila bermain game atau menonton video.

    Tambahan pula, tema reka bentuk peranti Huawei nova 5T sememangnya buat saya kagum. Peranti ini dikuasakan oleh sistem EMUI 9.1 berasaskan Android Pie dan tema yang disediakan di dalam peranti boleh memperlihatkan kesan dinamik yang berbeza apabila dilihat dari pelbagai sudut.

    Berat peranti adalah ringan dan sesuai untuk pengguna wanita. Huawei nova 5T dilengkapi dengan 4 kamera belakang, 3 daripadanya yang merupakan kamera belakang yang kelihatan tersembul keluar, jadi anda perlu elak lensa dari tercalar. Pengguna disarankan menggunakan sarung telefon untuk peranti ini.

    Ciri dan Spesifikasi Teknologi– 4 lensa belakang untuk menyokong penggambaran dalam pelbagai latar

    Dalam aspek spesifikasi, Huawei nova 5T dilengkapi dengan processor Kirin 980 yang menyediakan RAM 8GB + memori ROM 128GB dan menyokong storan UFS 2.1. Bagi yang gemar mengambil gambar di mana-mana sahaja dan bermain game dari masa ke semasa, peranti ini mudah dan sesuai untuk anda.

    Sebagai penambahan kepada penampilan peranti yang unik dan bergaya, Huawei nova 5T menampilkan 4 kamera belakang rear-facing dengan 48MP (F/1.8, super AIS) + 16MP (super sudut-lebar, F/2.2) + 2MP (sensor kedalaman) + (2MP lensa makro). Dengan ini anda dapat mengambil gambar dengan pengawalan tetapan yang mudah. Huawei nova 5T juga dilengkapi dengan lensa pemasa (self-timer) AI 32MP.

    Antaramuka rakaman dengan Huawei nova 5T

    Apa yang lagi mengagumkan adalah fungsi nyahkunci dengan cap jari sisi (side fingerprint unlocker) (pengalaman pertama kali bagi saya). Nyahkunci cap jari ditetapkan pada butang power yang memudahkan dengan penggunaan satu tangan dan kelajuan nyahkunci adalah sangat pantas. Anda perlu menekan dengan lembut untuk menyahkunci. Namun, oleh kerana sensor diletakkan di sebelah kanan peranti, sensor cap jari ini sentiasa akan disentuh tanpa sengaja ketika tangan bergerak.

    Apa yang mengecewakan adalah Huawei nova 5T telah membatalkan bicu headphone 3.5mm yang digantikan dengan sistem bunyi Histen + Virtual 9.1 dan fungsi super Bluetooth yang membenarkan pengguna memilih untuk mengguna headset Bluetooth dan melangkau muzik lain walau semasa peranti dicas dan sedang digunakan. Pembesar suara asli peranti ini juga mempunyai kualiti yang agak baik.

    Huawei nova 5T ini mengandungi kapasiti bateri 3750 mAh terbina dalam (built-in) dan menyokong teknologi pengecasan pantas Huawei Super Charge 22.5W. Walaupun kapasiti bateri 3750 mAh agak biasa, tetapi Huawei nova 5T mempunyai ketahanan jangka hayat yang baik dan menyokong pengecasan pantas 22.5W. Pengecasan yang sebentar sudah cukup untuk peranti bertahan dalam jangka masa tertentu. Pengguna yang malas berjaga malam juga boleh menggunakan masa bersiap pada waktu pagi untuk pengecasan peranti mereka.

    Prestasi – Peranti yang senang dikawal dalam pelbagai gaya

    Huawei nova 5T berfungsi dengan baik dalam game King of the Glory, dengan penambahan kebaikan GPU Turbo 3.0, game yang berdefinisi tinggi mudah dikawal. Walau bagaimanapun, untuk game yang lebih berkualiti seperti Honkai, prestasi dan kualiti imej Huawei nova 5T perlu dipertingkatkan.

    Peranti ini mempunyai jangka hayat bateri yang baik. Permainan King of the Glory yang dimainkan selama 20 minit hanya menggunakan 4% kuasa peranti. Bermain beberapa game berturutan pada satu masa tidak akan memanaskan (overheat) peranti.

    Untuk prestasi kamera Huawei nova 5T, secara peribadinya saya merasakan bahawa tangkapan menggunakan mod malam boleh diubah untuk mengubah suai tahap kecerahan gambar. Tetapan ini sangat bagus! Mod biasa agak baik walaupun tidak menggunakan mod malam. Pastinya gambar akan lebih baik jika mod malam digunakan. Tanpa berlengah lagi, klik pada capaian untuk melihat peranti ini!

    Helaian bulu kelihatan jelas
    Tangkapan gambar pada pencahayaan rendah, butiran gambar kekal jelas dan tidak terganggu
    Tangkapan makro
    Mod biasa
    Mod super sudut-lebar
    Mod super sudut-lebar
    Mod biasa
    Tangkapan mod malam

    Kesimpulan – Peranti berprofil tinggi

    Secara menyeluruh, prestasi keseluruhan Huawei nova 5T adalah baik. Bagi yang gemar akan peranti yang bergaya dan pengguna yang suka mengambil foto, peranti ini berbaloi untuk dipertimbangkan.

    Sebagai peranti dengan kos sederhana, pesaing utama Huawei nova 5T ialah Xiaomi Mi 9T Pro. Kepada rakan yang mencari peranti dengan kapasiti bateri lebih besar bersama kemudahan bicu headphone 3.5mm, anda boleh memilih Xiaomi Mi 9T Pro dengan harga yang sama. Jika anda gemar akan multi-kamera, anda boleh memilih Huawei nova 5T.

    Tips memilih peranti sebenarnya bergantung kepada keperluan peribadi pengguna. Ulasan di atas adalah ulasan untuk Huawei nova 5T. Untuk berita dan ulasan yang terkini, nantikan di laman TechNave.com.

     

    Artikel Terkini

    Qualcomm umumkan Snapdragon X Plus, cipset komputer riba berasaskan ARM

    Qualcomm Technologies, Inc. memperkenalkan Snapdragon X Plus, mengembangkan portfolio platform siri Snapdragon X yang terkenal. Snapdragon X Plus adalah CPU Qualcomm Oryon...

    WhatsApp sedang uji ciri berkongsi fail tanpa sambungan internet

    WhatsApp sedang bersiap untuk kemas kini penting yang satu memberi tumpuan kepada membolehkan perkongsian fail melalui rangkaian tempatan dan menambah ciri mengambil...

    CelcomDigi perkenalkan pakej “roaming” khas untuk jemaah umrah dan haji

    Syarikat telekomunikasi CelcomDigi kini memperkenalkan pakej perayauan baharu Hajj Roaming Pass yang dikhaskan untuk para pelanggan yang ingin menunaikan ibadat haji atau...

    Infinix GT 20 Pro akan dilancar di Malaysia pada 2 Mei 2024

    Infinix Malaysia bakal melancarkan telefon pintar terbaru, Infinix GT 20 Pro, pada hari Khamis, 2 Mei 2024. Telefon kelas pertengahan ini bakal...

    Tesla Model 3 Performance rasmi di Malaysia, 0-100km/j hanya 3.1 saat bermula RM242,000

    Hari ini, Tesla Malaysia telah melancarkan Tesla Model 3 Performance secara rasmi. Untuk pengetahuan, Tesla Model 3 Performance telah dilancarkan sebelum laporan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X