More

    MKN ambil serius ancaman Anonymous Malaysia untuk godam laman web kerajaan

    Semalam, kumpulan aktivis penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous Malaysia telah memuat naik video yang memberi amaran kepada kerajaan Malaysia. Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini telah mengeluarkan maklum balas mengenai perkara ini.

    Menurut MKN, pihak mereka memandangan serius mengenai ancaman untuk menggodam laman web kerajaan itu. Berikutan hal ini, MKN turut mengeluarkan notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengelakkan ancaman ini.

    Pihak MKN turut bekerjasama dengan pihak PDRM untuk mengambil tindakan sewajarnya.

    Melalui video tersebut, Anonymous Malaysia memberi amaran kepada kerajaan Malaysia tentang sistem sekuriti yang berada di tahap rendah dan boleh menjurus kepada penggodaman. Menurut Anonymous Malaysia, syarikat telekomunikasi Malaysia didakwa pernah digodam sebanyak lebih 46 juta kali sehingga sekarang.

    Apa pun, pihak kerajaan sudah memberi maklum balas kepada perkara ini. Apakah pandangan anda pula? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MKN

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured