fbpx
More

    Pengguna Instagram Malaysia kini boleh guna Reels seperti TikTok, tambah muzik, lirik di Stories

    Setelah berjaya meraih populariti dalam penggunaan Stories dalam aplikasi Instagram, Facebook kini memperkenalkan pula Instagram Reels untuk pengguna di Malaysia. Anda kini sudah boleh menggunakan ciri video pendek ini melalui aplikasi Instagram anda.

    Terdahulu, ia sudah dilancarkan di beberapa buah negara luar. Ciri yang disifatkan sebagai pesaing TikTok ini juga mengetengahkan konsep mencipta dan berkongsi video pendek bersama audio dan muzik.

    Baca lebih lanjut mengenai panduan menggunakan Reels di pautan ini

    Untuk mencipta dan berkongsi video pendek kreatif, berikut adalah ciri-ciri yang boleh digunakan menurut Facebook dalam pengumuman pelancaran Instagram Reels di Malaysia pada hari ini.

    Tempo: Pilihan untuk mempercepat atau memperlahankan bahagian video atau audio yang anda pilih. Ini dapat membantu anda mengekalkan rentak atau membuat video gerakan perlahan.
    Pemasa dan Kiraan Balik: Tetapkan pemasa untuk merakam sebarang klip anda secara bebas tangan. Apabila anda menekan butang rakaman, kiraan undur 3-2-1 akan berdetik, sebelum rakaman bermula untuk jangka masa yang anda pilih.
    Teks dan Pelekat Stiker mengikut waktu: Tambahkan teks atau pelekat stiker pada saat tertentu dalam video anda.
    Jajaran: Sejajarkan objek dari klip sebelumnya sebelum merakam gambar seterusnya untuk membantu membuat peralihan yang lancar untuk saat-saat tertentu seperti perubahan pakaian atau menambahkan rakan baru ke dalam Reel anda.
    Mencantikkan (Touch-Up): Menambah kesan kesempurnaan pada kandungan anda dan keupayaan untuk mengawal tahap intensiti.

    Selain itu, Facebook hari ini turut membawa masuk fungsi pelekat atau sticker muzik untuk anda letakkan sama ada di Stories Instagram atau Facebook. Terdapat juga paparan lirik di Stories dan keupayaan untuk menyalin muzik pada profil Facebook dan Instagram.

    Jika anda masih belum dapat menggunakan Reels, kami menyarankan anda untuk menunggu kemas kini Instagram yang baharu. Sudahkah anda mencuba Reels di Instagram? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

    Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu...

    Google Wallet bolehkan anda tambah dokumen dan tiket daripada pustaka foto

    Dompet mudah alih telah menjadi asas kemudahan moden, membolehkan pengguna menyimpan bukan sahaja kad kredit mereka tetapi juga kad insurans kereta, tiket...

    Zahid Hamidi ingin kerajaan beri tablet kepada setiap pelajar

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah tablet supaya mereka...

    Nokia 3210 rasmi di Malaysia dengan sambungan 4G, port USB-C berharga RM339

    Minggu lepas, HMD melancarkan Nokia 3210 klasik yang diberi nafas baharu dengan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C untuk meraikan ulang tahun...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X