HUAWEI kini sedang menguji versi Beta ketiga untuk HarmonyOS awal bulan ini dan versi Beta terakhir bakal hadir pada 31 Mac ini. Kini, HUAWEI telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sistem operasi HarmonyOS yang stabil pada bulan April ini.
HUAWEI menyatakan bahawa peranti lipat terbaru mereka, HUAWEI Mate X2 akan menjadi peranti pertama yang menggunakan sistem operasi baru ini. Mate X2 hadir dengan perisian Android 10 sewaktu dilancarkan, namun ia akan berpindah ke Harmony OS dalam masa terdekat. Peranti HUAWEI lain juga dijangka akan berpindah ke sistem operasi baru ini tidak lama lagi.

Sebelum ini, HUAWEI P50 dikhabarkan akan menjadi yang pertama dengan sistem operasi HarmonyOS sewaktu dilancarkan. Namun, sehingga kini peranti HUAWEI P50 masih lagi belum dilancarkan secara rasmi.
Adakah anda menantikan sistem operasi terbaru dari HUAWEI ini? Komen pendapat anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber : GSMArena







