More

    Kedai elektronik di Malaysia kini boleh baiki peranti Apple dengan komponen original

    Apple telah mengumumkan bahawa mereka akan meluaskan program Independent Repair Provider ke lebih 200 negara termasuk Malaysia, di mana program ini membenarkan pihak ketiga untuk mendapatkan komponen asli daripada Apple bagi membaiki peranti-perantinya. Apple akan menyediakan komponen, peralatan, panduan pembaikian dan diagnostik kepada kedai-kedai yang menyertai program tersebut.

    Peserta program Apple ini akan menerima latihan yang sama dengan pekerja Apple Authorized Service Providers (AASP) dan Apple Store. Kedai elektronik yang ingin menyertai program ini boleh berbuat demikianj secara percuma, di mana Apple akan melatih sekurang-kurangnya seorang juruteknik untuk mendapatkan pengiktirafan rasmi daripada Apple (Apple-certified technician).

    Untuk pelanggan pula, mereka boleh mengesahkan sama ada pihak penyedia pembaikian itu telah pun diiktiraf oleh Apple atau tidak melalui laman web ini. Sebelum ini, Independent Repair Provider telah diperkenalkan pada 2019 di Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    Boost SME dilancar: Platform perbankan digital PKS dengan faedah harian 3.0%

    Boost melancarkan Boost SME iaitu sebuah platform perbankan digital sepenuhnya yang menghimpunkan perkhidmatan kewangan, pembayaran dan perbankan dalam satu ekosistem. Langkah ini...

    Samsung jadi pengeluar TV dan monitor rasmi untuk Call of Duty: Modern Warfare 4

    Samsung Electronics mengumumkan kerjasama eksklusif bersama Activision untuk menjadi rakan kelengkapan paparan dan audio rasmi permainan Call of Duty: Modern Warfare 4....

    Kereta EV pertama Ferrari dilelong pada harga $40 juta

    Ferrari Luce yang merupakan kereta elektrik (EV) pertama keluaran Ferrari telah dijual pada harga $40 juta (~RM177 juta) dalam satu acara lelong....

    Sony tamatkan cakera fizikal PS5, harga “game” digital akan lebih murah?

    Sony mengesahkan akan menghentikan pengeluaran cakera fizikal bagi permainan baharu PlayStation bermula Januari 2028. Keputusan ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna bahawa...

    Google kini benarkan pengguna Gemini buang “watermark” pada kandungan AI

    Google mengemaskini platform Gemini dengan memperkenalkan tetapan baharu yang dinamakan Media Watermark. Tetapan ini memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengekalkan atau mengalih...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured