More

    ZenFone 8 mini muncul di GeekBench, dilengkapi cipset Snapdragon 888 dan RAM 16GB!

    Pada awal bulan ini, terdapat khabar angin yang menyatakan ASUS bakal melancarkan generasi baru untuk telefon andalannya. Siri baru ini dikatakan akan hadir dengan 4 model iaitu ZenFone 8, ZenFone 8 Pro, ZenFone 8 Flip dan ZenFone 8 mini. Terbaru, ZenFone 8 mini telah dikesan di penanda aras GeekBench.

    Berdasarkan penyenaraian di GeekBench, ia dilihat menggunakan cipset andalan Snapdragon 888 dengan RAM 16GB. Ini agak mengagumkan kerana walaupun ianya bersaiz kecil, bilangan RAMnya adalah sangat tinggi. Buat masa ini, bilangan RAM setinggi 16GB masih lagi belum menjadi norma telefon andalan.

    ZenFone 8 mini berjaya mendapat markah setinggi 1,121 untuk teras tunggal dan 3,662 untuk teras pelbagai. Seperti kebanyakan peranti Android tahun ini, ia juga menggunakan perisian Android 11.

    Untuk spesifikasi lain, ZenFone 8 mini dikhabarkan akan hadir dengan skrin OLED 5.92 inci bersama kadar segar semula 120Hz. Peranti ini juga mungkin dilengkapi kamera 64MP Sony IMX686 dan sebuah sensor baru Sony IMX663.

    Sehingga kini, tiada lagi berita rasmi mengenai siri ZenFone 8 ini. Nantikan berita lanjut mengenai siri ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured