More

    Instagram akan perkenalkan fungsi muat naik gambar dan video daripada komputer

    Buat masa ini, para pengguna aplikasi media sosial popular Instagram boleh mengakses perkhidmatan tersebut melalui pelayar web dalam komputer dan menonton sebarang gambar atau video, namun mereka tidak dibenarkan untuk memuat naik sebarang kandungan melalui komputer.

    Kini, Instagram mungkin akan memperkenalkan ciri tersebut dalam masa terdekat dan kini sedang berada dalam fasa pengujian. Menurut sumber, beliau telah berkongsi beberapa tangkapan skrin (screenshot) yang menunjukkan antara muka pengguna (user interface) untuk memuat naik gambar atau video melalui pelayar web dalam komputer.

    Serupa dengan aplikasi untuk telefon pintar, laman web Instagram akan mempunyai ikon “+” di bahagian bawah skrin untuk memuat naik sebarang kandungan. Pengguna kemudian boleh memilih gambar atau video, membuat suntingan ringkas, menaip kapsyen dan lokasi serta menanda (tag) pengguna lain dalam kandungan yang dimuat naik. Mereka juga boleh mematikan fungsi komen.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang tarikh Instagram untuk memperkenalkan ciri ini. Ia pasti akan memudahkan para pengguna yang lebih gemar mengakses Instagram melalui komputer.

    Beritahu kami di Facebook jika ini adalah fungsi yang anda telah lama nantikan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured