fbpx
More

    Gambar iPhone 13 Pro tertiris, mempunyai bentuk yang serupa dengan iPhone 12 Pro

    Baru-baru ini, akaun Twitter @LeaksApplePro telah berkongsi beberapa gambar dan video yang diakuinya sebagai rupa akhir untuk telefon pintar iPhone 13 Pro.

    Dalam gambar-gambar tersebut, beliau turut menghuraikan perbezaan iPhone 13 Pro dengan iPhone 12 Pro, termasuklah bonggol kamera yang lebih nipis dan rata, saiz takuk (notch) pada skrin yang lebih kecil serta permukaan sisi yang lebih sukar untuk meninggalkan kesan cap jari.

    Secara keseluruhan, ia mempunyai rekaan yang sama dengan iPhone 12 Pro kecuali pada perbezaan kecil dalam kamera dan dimensi keseluruhan. Gambar yang dikongsi LeaksApplePro ini juga nampak serupa dengan rupa prototaip yang telah dikongsi oleh akaun YouTube Unbox Therapy sebelum ini.

    Selain itu, saiz sensor kamera juga telah dibesarkan untuk prestasi fotografi yang lebih tinggi. Ia juga mungkin akan dilengkapi skrin OLED 120Hz serta storan dalaman sehingga 1TB.

    Adakah anda yakin dengan gambar-gambar baru iPhone 13 Pro ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    vivo X100 Ultra, X100s & X100s Pro akan dilancar pada 13 Mei 2024

    vivo akan mengumumkan telefon pintar yang dinantikan iaitu vivo X100 Ultra pada 13 Mei ini bersama dua model andalan lain, vivo X100s...

    Mufti Selangor: Haram beli kad waranti atau waranti lanjutan secara berasingan

    Mufti Selangor sering menjawab pelbagai persoalan yang diutarakan. Terbaru, Mufti Selangor turut menjawab soalan melibatkan pembelian kad waranti atau waranti lanjutan bagi...

    KWSP: Sistem dalam talian tergendala kerana penyelenggaraan dari 10 – 11 Mei 2024

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan langkah baharu untuk akaun ketiga (akaun fleksibel) mulai 11 Mei ini. Sebelum itu, KWSP terpaksa...

    Infinix bakal lancarkan komputer riba “gaming” pertama, Infinix GT Book

    Baru-baru ini, Infinix telah melancarkan telefon pintar GT 20 Pro secara rasmi dan dalam acara yang sama, Infinix turut berkongsi rancangan untuk...

    Pertandingan PUMA x PLAYSTATION Social Media Fit Check, berpeluang menang PlayStation 5

    PUMA Malaysia melancarkan koleksi eksklusif PLAYSTATION dengan hebat dengan menawarkan aktiviti yang menarik untuk meraikan acara tersebut. Salah satu acara yang menarik...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X