More

    HONOR Earbuds 2 Lite dilancar di Malaysia: Dilengkapi ciri ANC, bateri 32 jam, berharga RM299

    HONOR hari ini telah melancarkan fon telinga terbaru mereka, HONOR Earbuds 2 Lite. Ia hadir dengan pelbagai spesifikasi yang mantap dan dijual pada tanda harga RM299.

    HONOR Earbuds 2 Lite hadir dengan ciri pembatalan hingar aktif (ANC) sehingga 22 dB. Selain dari itu, ia dilengkapi dua mikrofon dan cip kalis angin yang dapat mengurangkan bunyi ambien terutamanya sewaktu berbual di dalam talian. Jika pengguna ingin mendengar bunyi ambien dengan lebih jelas, terdapat ciri Awareness Mode untuk berbuat demikian.

    Tambahan lagi, peranti ini dilengkapi pemacu dinamik 10mm yang dapat menghasilkan bunyi yang berkualiti dan kuat. Dengan berat 5.5g sahaja, ianya selasa untuk dipakai pada jangka masa yang lama. HUAWEI Earbuds 2 Lite juga hadir dengan mod latensi rendah untuk sesi gaming tanpa lag.

    Yang lebih menarik, ia dikuasai oleh bateri 55mAh yang mampu bertahan selama 32 jam. Pengecasan selama 10 minit dapat menampung penggunaan selama 4 jam.

    Pada masa yang sama, HONOR Malaysia kini berkolaborasi dengan JOOX untuk sebuah pertandingan yang berlangsung antara 23 sehingga 29 Julai ini. 5 Pemenang bertuah akan membawa pulang HONOR Earbuds 2 Lite.

    Nantikan informasi lanjut mengenai peraduan ini di Facebook HONOR Malaysia.

    Jika anda berminat dengan fon telinga ini, anda boleh membelinya di kedai dalam talian Lazada, Shopee, Senheng dan kedai rasmi HONOR di seluruh Malaysia.

    Ikuti kami di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured