Buat mereka yang masih menggunakan peranti Android yang dihasilkan sekitar 2010, anda mungkin perlu menukar peranti tersebut. Google mengatakan mereka tidak akan membenarkan penggunanya untuk mendaftar masuk (sign-in) ke dalam gajet yang mempunyai sistem operasi Android 2.3.7 dan ke bawah.
Tindakan ini bakal berkuasa bermula 27 September 2021 dan Google melakukannya demi menjaga keselamatan siber para pengguna. Memandangkan Android 2.3.7 telah dilancarkan lebih sedekad lalu, mungkin tidak banyak pengguna yang masih menggunakan sistem operasi tersebut pada waktu ini.
Jika para pengguna sistem operasi tersebut masih kekal dengan peranti mereka selepas 27 September, Google mengatakan mereka masih boleh mengakses sejumlah kecil perkhidmatan Google namun adalah lebih baik jika mereka boleh menaik taraf gajet mereka kepada Android 3.0 atau yang lebih tinggi.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: The Verge







