fbpx
More

    Samsung Galaxy Watch4 dan Galaxy Buds2 dilancar: Jam tangan dan fon telinga wayarles bermula ~RM636

    Selain melancarkan dua telefon pintar lipat pada malam ini, Samsung turut melancarkan dua peranti boleh pakai iaitu siri jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch4 dan fon telinga wayarles Samsung Galaxy Buds2.

    Samsung Galaxy Watch4

    Galaxy Watch4 terdiri daripada dua pilihan utama iaitu Samsung Galaxy Watch4 dan Samsung Galaxy Watch4 Classic. Siri jam tangan ini dilengkapi sensor Samsung BioActive yang terdiri daripada tiga pengukur kesihatan iaitu PPG (photoplethysmography), ECG (electrocardiogram) dan BIA (bioelectrical impedance analysis).

    Ia turut menampilkan fungsi Body Composition baru untuk mengukur kesihatan pengguna dengan lebih jelas daripada pelbagai aspek seperti otot tulang (skeletal muscle), berat lemak (fat mass), BMI (body mass index) dan banyak lagi. Untuk ukuran tidur pula, ia boleh mengukur kualiti tidur berdasarkan tahap oksigen dalam darah dan corak pernafasan.

    Ia juga boleh digabungkan dengan Samsung Smart TV untuk membantu pengguna bersenam di rumah. Galaxy Watch4 akan ditawarkan dalam dua saiz iaitu 40mm dan 44mm.

    Galaxy Watch4 Classic dilengkapi roda kawalan (rotating bezel) 42mm atau 46mm untuk mengawal sebarang aplikasi yang ditunjukkan dalam paparan jam. Jam ini juga boleh mengubah sebaran tetapan dalam telefon Samsung Galaxy atau fon telinga Galaxy Buds.

    Ia dilengkapi cipset Exynos W920, RAM 1.5GB, storan 16GB dan bateri yang boleh tahan sehingga 40 jam. Galaxy Watch4 dengan muka jam 40mm akan dijual pada harga USD249.99 (~RM1,060), manakala Galaxy Watch4 Classic dengan muka jam 42mm akan dijual pada harga USD349.99 (~RM1,485).

    Samsung Galaxy Buds2

    Samsung Galaxy Buds2 pula menawarkan teknologi pembatalan hingar aktif (ANC) yang boleh menapis bunyi bising sehingga 98%. Teknologi ini juga akan membuatkan suara pengguna lebih mudah didengari sewaktu membuat panggilan telefon.

    Ia mempunyai tiga mikrofon dan satu voice pickup unit (VPU) untuk merakam suara pengguna dengan jelas. Baterinya pula boleh bertahan selama lima jam dengan ANC dihidupkan (fon telinga sahaja) atau 20 jam apabila digabung bersama bekasnya.

    Galaxy Buds2 akan ditawarkan dalam empat warna iaitu grafit, putih, ungu dan hijau. Ia akan dijual pada harga USD149.99 (~RM636) bermula 27 Ogos. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki salah satu peranti Samsung di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Telefon pintar cipset Snapdragon 8 Gen 4 pertama dijangka dilancar pada pertengahan Oktober

    Qualcomm telah memelihara kerahsiaan mengenai butiran prosesor mudah alih flagship akan datang mereka, Snapdragon 8 Gen 4. Namun, kebocoran dan desas-desus telah...

    Audio ‘lossless’ oleh Spotify dikatakan hampir siap

    Elemen antara muka (UI) yang bocor membayangkan kemungkinan keluaran peringkat audio tanpa kerugian (lossless) Spotify yang telah lama ditunggu-tunggu, menunjukkan ia mungkin...

    Threads benarkan kawalan terhadap siapa yang boleh mengulas ‘post’ anda

    Threads memperkenalkan kawalan baru yang membenarkan pengguna menguruskan siapa yang boleh mengulas kenyataan mereka dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih positif...

    Google Wallet perkenalkan senarai ‘Kaedah Pembayaran’ baharu

    Kemas kini terbaru kepada Google Wallet untuk Android memperkenalkan pendekatan yang lebih teratur dalam menguruskan kaedah pembayaran yang disimpan. Menu akaun kini...

    Jalan Sultan Ismail menjadi dua hala, kurangkan kesesakan lalu lintas

    Sekurang-kurangnya 20 anggota Polis Kuala Lumpur telah ditempatkan untuk mengawal lalu lintas susulan penukaran jalan satu hala kepada dua hala di Jalan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X