More

    Celcom: Prihatin & bersatu bersama rakyat Malaysia pada Hari Kemerdekaan ini

    Salah sebuah syarikat telko terkemuka di Malaysia, Celcom, hari ini melancarkan kempen prihatin dengan menyediakan beberapa tawaran menarik bagi membantu rakyat Malaysia mengharungi cabaran yang disebabkan oleh COVID-19. Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64, Celcom menawarkan penjimatan dan tawaran eksklusif dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya.

    Celcom mahu membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19 untuk terus berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Bermula hari ini (19 Ogos) sehingga 30 September 2021, Celcom menawarkan penjimatan sehingga RM2,200 untuk pembelian produk Apple iaitu iPhone 12, 12 mini, 11, XR dan SE. Pelanggan Celcom hanya perlu mendaftar pelan pascabayar MEGA Celcom untuk menikmati tawaran ini.

    Selain itu, Celcom terus meluaskan sokongan digitalnya kepada komuniti B40 dengan rancangan penjimatan telefon dan peranti dengan harga yang berpatutan selaras dengan inisiatif kerajaan. Kerajaan telah memperkenalkan beberapa kempen penjimatan bagi membantu rakyat seperti Jaringan Prihatin, Internet 1GB PERCUMA setiap hari dan Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin.

    Bermula 16 Ogos hingga 16 September 2021, Celcom menawarkan Pakej Peranti RM1 Malaysia yang mana pelanggan sedia ada sama ada yang baharu atau sedia ada boleh memiliki peranti 4G VoLTE yang bernilai sehingga RM3,000 dengan harga RM1 sahaja. Tawaran ini boleh dinikmati apabila anda melanggan pakej pelan pascabayar Celcom MEGA.

    Di samping itu, Celcom menawarkan Program Jaringan Prihatan bermula 16 September dengan menawarkan rebat sebanyak RM60 untuk pelanggannya yang merupakan tambahan kepada program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) oleh kerajaan dan sah sehingga 30 September 2021.

    Semua pelanggan Celcom juga boleh menikmati internet harian percuma sebanyak 1GB selama sebulan tanpa syarat. Ini bermakna anda akan dapat 30GB internet percuma sebulan. Tarikh sah tawaran ini bermula pada 16 Ogos sehingga 31 Disember 2021.

    Seterusnya, Celcom menganjurkan kempen Hari Kemerdekaan bertemakan “U Ok Tak?” yang memberi galakan kepada rakyat Malaysia untuk bertanyakan khabar kepada saudara atau rakan melalui panggilan telefon, pesanan ringkas, panggilan video dan dalam apa jua bentuk interaksi. Ini adalah salah satu usaha Celcom untuk membantu rakyat Malaysia berhubung bagi menghadapi norma baharu yang mencabar.

    Celcom menyediakan lebih banyak tawaran istimewa

    Pelanggan Celcom berpeluang memenangi iPhone 12 mini 64GB bernilai RM3,999 secara percuma melalui ‘Merdeka Deals Contest Giveaway’! Tarikh sah tawaran ini bermula 6 Ogos 2021 sehingga 30 September 2021.

    "
    "

    Bermula 13 Ogos 2021 sehingga 30 September 2021, pelanggan baru dan sedia ada berpeluang memenangi Samsung Galaxy S20+ secara percuma bernilai RM3,999 apabila mereka mendaftar atau naiktaraf kepada pelan Celcom XP Lite atau langganan pelan Jaringan Prihatin XP Lite. Maklumat lanjut mengenai tawaran ini boleh di dapati di sini.

    Sementara itu, Celcom juga menawarkan pulangan tunai sehingga 80% dalam bentuk kredit Touch ‘n Go eWallet. Syaratnya, anda perlulah melanggan mana-mana pelan pascabayar Celcom MEGA atau Celcom MEGA Family Line. Tarikh sah tawaran ini bermula 16 Ogos 2021 sehingga 30 September 2021.

    Layari laman web Celcom untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini. Adakah anda berminat dengan berita ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...