More

    ASUS lancarkan monitor mudah alih ProArt Display PA148CTV berharga RM1,888

    Hari ini ASUS mengumumkan produk baharu mereka di pasaran Malaysia iaitu monitor mudah alih ProArt Display PA148CTV. Monitor ini merupakan monitor mudah alih pertama yang mendapat pengiktirafan daripada Calman.

    Ciri-ciri yang terdapat pada monitor ubah alih ini sangat membantu dalam kerja grafik dan suntingan sama ada untuk gambar atau video kerana paparan skrinnya menghasilkan warna yang tepat. PA148CTV juga hadir dengan pra-kalibrasi Delta E <2 untuk ketepatan warna.

    Mengikut spesifikasi, monitor mudah alih PA148CTV dilengkapi paparan skrin 14 inci FHD dengan panel IPS anti-silau, sokongan sehingga 10 titik sentuhan serentak, 100% sRGB dan ruang warna 100% Rec. 709. Selain itu, monitor ini mempunyai sambungan micro-HDMI, port USB-C, tongkat logam yang boleh laras dan soket tripod.

    ASUS PA148CTV boleh dibeli di kedai rasmi ASUS atau pengedar sah dengan harga RM1,888 beserta jaminan tiga tahun. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan monitor ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Boost SME dilancar: Platform perbankan digital PKS dengan faedah harian 3.0%

    Boost melancarkan Boost SME iaitu sebuah platform perbankan digital sepenuhnya yang menghimpunkan perkhidmatan kewangan, pembayaran dan perbankan dalam satu ekosistem. Langkah ini...

    Samsung jadi pengeluar TV dan monitor rasmi untuk Call of Duty: Modern Warfare 4

    Samsung Electronics mengumumkan kerjasama eksklusif bersama Activision untuk menjadi rakan kelengkapan paparan dan audio rasmi permainan Call of Duty: Modern Warfare 4....

    Kereta EV pertama Ferrari dilelong pada harga $40 juta

    Ferrari Luce yang merupakan kereta elektrik (EV) pertama keluaran Ferrari telah dijual pada harga $40 juta (~RM177 juta) dalam satu acara lelong....

    Sony tamatkan cakera fizikal PS5, harga “game” digital akan lebih murah?

    Sony mengesahkan akan menghentikan pengeluaran cakera fizikal bagi permainan baharu PlayStation bermula Januari 2028. Keputusan ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna bahawa...

    Google kini benarkan pengguna Gemini buang “watermark” pada kandungan AI

    Google mengemaskini platform Gemini dengan memperkenalkan tetapan baharu yang dinamakan Media Watermark. Tetapan ini memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengekalkan atau mengalih...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured