fbpx
More

    Facebook membayar RM20 untuk pengguna yang merakam suara melalui program ‘Pronunciations’

    Terkini, Facebook telah mengumumkan bahawa mereka bakal membuka peluang kepada pengguna yang ingin mencari pendapatan sampingan. Peluang ini terbuka kepada sesiapa yang ingin membantu untuk merakam suara bagi teknologi pengecaman suara Facebook yang baru.

    Anda hanya cuma perlu merakam suara dalam program baru ‘Pronunciations’ yang dapat ditemui pada aplikasi kajian pasaran oleh Facebook, Viewpoint. Sumber melaporkan setiap set rakaman bernilai 200 mata (mata boleh dikumpul dalam aplikasi Viewpoint). Namun, anda hanya boleh mengeluarkan mata tersebut dalam bentuk tunai setelah mencapai 1000 mata ($5 bersamaan 1000 mata berdasarkan Paypal, lebih kurang RM20).

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web rasmi Viewpoint. Apa pun, kami masih tiada maklumat rasmi, tetapi ini merupakan peluang kepada anda untuk menambah pendapatan sampingan. Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    vivo Y18 rasmi dengan skrin paling terang dalam segmen permulaan, penarafan IP54 bermula ~RM511

    vivo baru sahaja memperkenalkan model telefon pintar Y18 baharu di India. vivo Y18 merupakan telefon pintar dalam segmen permulaan yang memuatkan beberapa...

    Siri Xiaomi Pad 7 akan dilancarkan Oktober ini, boleh ‘plug and play’ dengan EV...

    Xiaomi mungkin bersiap sedia untuk pelancaran beberapa peranti perdana pada Oktober ini termasuk siri tablet perdana baharunya, siri Xiaomi Pad 7. Barisan...

    Nokia 3210 yang ikonik pada 90-an kini diberi nafas baharu dengan 4G

    HMD Global yang merupakan syarikat di sebalik peranti Nokia sedang melakar nostalgia. Menjelang pelancaran semula Nokia 6310, HMD Global kini juga sedang...

    Xiaomi 15 akan jadi peranti pertama dengan Snapdragon 8 Gen 4, bakal dilancar Oktober...

    Minggu lepas, satu laporan mendakwa bahawa Xiaomi mempunyai hak pelancaran pertama eksklusif untuk cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4 yang akan datang....

    Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) rasmi di Malaysia: Skrin 10.4″, sokong S Pen...

    Samsung Malaysia mengumumkan bahawa tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) telah tiba di pasaran Malaysia secara rasmi dengan memori RAM 4GB...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X