fbpx
More

    OPPO Malaysia anjurkan promosi 9.9 Super Brand Day Sale, diskaun telefon pintar sehingga 95%

    OPPO Malaysia bakal menganjurkan promosi istimewa dalam laman web Shopee sempena promosi Shopee 9.9 Super Brand Day Sale pada 9 hingga 14 September ini. Pelbagai peranti OPPO akan dijual pada harga istimewa seperti OPPO Reno6 Pro, OPPO A74 dan OPPO Reno5 manakala produk lain pula boleh menerima diskaun sehingga 95%.

    Jika anda membeli Reno6 Pro dalam promosi ini, anda akan menerima hadiah percuma berupa baucar Shopee RM100, beg Marshall bernilai RM319, Mighty Mug bernilai RM79, perlindungan skrin selama setahun bernilai RM139 dan storan HeyTap Cloud 1TB bernilai RM343. Anda juga layak membeli fon telinga wayarles OPPO Enco Air pada harga RM9.90 sahaja.

    OPPO A74 4G pula akan dijual pada harga RM777 iaitu lebih murah sebanyak RM122 berbanding harga asal. Selain itu, OPPO Reno5 akan menerima diskaun sebanyak 12%, menjadikan harga promosinya kepada RM1,499 sahaja.

    Pada 9 September sahaja, anda boleh nantikan tawaran RM99 Deals untuk pelbagai telefon OPPO lain seperti OPPO A16, OPPO A74 5G, OPPO Reno5 F, fon telinga Enco Air, Enco Buds, dan gelang tangan OPPO Band dalam jadual yang telah ditetapkan. Semua produk ini akan dijual pada harga RM99 untuk tempoh beberapa jam sahaja.

    Khas pada jam 12:00 tengah malam hingga 2:00 pagi pada 9 September, pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM1,000 akan menerima potongan harga RM99. Selain itu, pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 akan dapat satu peluang untuk menyertai peraduan Spend, Spin & Win Worth RM60,000 dan berpeluang memenangi saguhati OPPO.

    Layari laman rasmi OPPO di Shopee untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terkini.

     

    Artikel Terkini

    Telefon pintar cipset Snapdragon 8 Gen 4 pertama dijangka dilancar pada pertengahan Oktober

    Qualcomm telah memelihara kerahsiaan mengenai butiran prosesor mudah alih flagship akan datang mereka, Snapdragon 8 Gen 4. Namun, kebocoran dan desas-desus telah...

    Audio ‘lossless’ oleh Spotify dikatakan hampir siap

    Elemen antara muka (UI) yang bocor membayangkan kemungkinan keluaran peringkat audio tanpa kerugian (lossless) Spotify yang telah lama ditunggu-tunggu, menunjukkan ia mungkin...

    Threads benarkan kawalan terhadap siapa yang boleh mengulas ‘post’ anda

    Threads memperkenalkan kawalan baru yang membenarkan pengguna menguruskan siapa yang boleh mengulas kenyataan mereka dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih positif...

    Google Wallet perkenalkan senarai ‘Kaedah Pembayaran’ baharu

    Kemas kini terbaru kepada Google Wallet untuk Android memperkenalkan pendekatan yang lebih teratur dalam menguruskan kaedah pembayaran yang disimpan. Menu akaun kini...

    Jalan Sultan Ismail menjadi dua hala, kurangkan kesesakan lalu lintas

    Sekurang-kurangnya 20 anggota Polis Kuala Lumpur telah ditempatkan untuk mengawal lalu lintas susulan penukaran jalan satu hala kepada dua hala di Jalan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X