More

    Kingston lancarkan pemacu USB 3.2 DataTraveler Max & SSD mudah alih XS2000

    Baru-baru ini, Kingston telah melancarkan dua perantinya iaitu Solid State Drive (SSD) mudah alih XS2000 dan pemacu kilat DataTraveler Max (DT Max) USB 3.2 Gen 2. XS2000 memiliki ciri USB 3.2 Gen 2×2 manakala pemacu kilat DT Max menggunakan USB 3.2 Gen 2 dan kedua dua peranti ini menggunakan sambungan USB-C.

    Keistimewaan peranti ini adalah ianya memiliki pindahan data yang laju dan boleh digunakan sebagai storan tambahan untuk peranti PS5. XS2000 mempunyai kelajuan pindahan data sehingga 2,000MB/s dan tersedia dengan pilihan storan 500GB, 1TB dan 2TB. Badannya diperbuat daripada gabungan plastik dan besi. Ia hadir bersama sarung getah bagi menahan impak jika terjatuh serta mempunyai rating kalis air dan debu IP55.

    Seterusnya, bagi pemacu kilat DT Max, ia memiliki kelajuan pindahan data untuk membaca sehingga 1,000MB/s dan menulis sehingga 900MB/s. Ciri ini membuatkannya antara salah satu pemacu kilat dengan pindahan data yang paling laju.

    Peranti ini tersedia dalam beberapa pilihan storan iaitu 256GB, 512GB dan 1TB. Badannya mempunyai reka bentuk bergerigi bagi memberikan cengkaman kepada pengguna untuk menggelongsorkannya dengan mudah. Ia juga mempunyai lubang pelbagai fungsi dan lampu LED.

    SSD XS2000 dan pemacu kilat DT Max sesuai dengan sistem operasi Windows 10, 8.1, Mac OS (v. 10.14.x +), Linux (v. 2.6.x +) dan Chrome OS. Ia juga diberikan jaminan lima tahun dan sokongan teknikal secara percuma daripada Kingston. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Kinsgton.

    Adakah anda berminat dengan SSD XS2000 dan pemacu kilat DT Max ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony tamatkan cakera fizikal PS5, harga “game” digital akan lebih murah?

    Sony mengesahkan akan menghentikan pengeluaran cakera fizikal bagi permainan baharu PlayStation bermula Januari 2028. Keputusan ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna bahawa...

    Google kini benarkan pengguna Gemini buang “watermark” pada kandungan AI

    Google mengemaskini platform Gemini dengan memperkenalkan tetapan baharu yang dinamakan Media Watermark. Tetapan ini memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengekalkan atau mengalih...

    Apple pilih AS untuk jualan pertama iPhone Ultra, negara lain kena tunggu

    Apple dilaporkan bakal memperlihatkan peranti boleh lipat pertamanya iaitu iPhone Ultra pada acara pelancaran 8 September ini. Walau bagaimanapun, peranti tersebut didakwa...

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured