More

    #MYBAIKHATI: Yayasan TM menyerahkan 60 buah komputer riba terpakai kepada pelajar kurang berkemampuan

    Dalam usaha bagi meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan dalam fasa pandemik COVID ini, Yayasan TM (YTM) bersama-sama dengan Yayasan PINTAR telah mendekati kumpulan penerima bantuan di bawah inisiatif #MYBAIKHATI.

    Melalui kerjasama tersebut, YTM telah menyumbangkan sebanyak 60 unit komputer riba terpakai bersama dengan pakej unifi Mobile #BEBAS 15GB LTE secara percuma selama satu tahun kepada Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar / Pudu (PPDBP), Kuala Lumpur.

    Pelajar yang layak dari 16 buah sekolah rendah dan menengah telah dikenalpasti oleh pihak PPDBP untuk menerima sumbangan tersebut. TM menyokong inisiatif #MYBAIKHATI dengan mengumpulkan peranti terpakai (crowdsourcing) yang bertujuan untuk dikumpulkan dan dibaiki semula. Kemudiannya, peranti-peranti komunikasi terpakai ini diedarkan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40).

    Bagi menggalakkan orang ramai untuk menyumbangkan peranti pintar terpakai mereka, TM telah bekerjasama dengan realme untuk memperuntukkan sebanyak 300 baucar bernilai RM50 setiap satu kepada individu yang telah menyumbangkan peranti terpakai mereka.

    Mereka kemudiannya boleh menggunakan baucar tersebut untuk membeli sebarang peranti realme di kedai rasmi realme di Shopee. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured