fbpx
More

    realme Pad dilancar: Tablet 10.4 inci dengan cipset Helio G80, bateri 7,100mAh bermula ~RM790

    Pada hari ini, realme telah memperkenalkan tablet pertama oleh syarikat itu iaitu realme Pad. Tablet ini menampilkan rekaan nipis 6.9mm dengan skrin berukuran 10.4 inci dan beresolusi WUXGA+ 2000×1200.

    realme Pad turut dilengkapi bateri berkapasiti 7,100mAh yang realme akui boleh bertahan sehingga 65 hari dalam mod standby. Untuk mengecas bateri tersebut, ia menyokong pengecasan pantas 18W dan turut menyokong fungsi pengecasan berbalik untuk mengecas peranti lain.

    Daripada segi prestasi, realme Pad dilengkapi cipset MediaTek Helio G80, pilihan RAM 3GB atau 4GB serta storan dalaman 32GB atau 64GB. Ia turut mempunyai sebuah kamera swafoto 8MP dengan sudut ultra-lebar 105 darjah dan didampingi dwi-mikrofon yang menyokong pembatalan hingar (noise cancellation). Sebuah lagi kamera berada di bahagian belakang tablet.

    Selain itu, realme Pad mempunyai empat pembesar suara Dolby Atmos dan perisian realme UI berdasarkan Android 11. Tablet ini akan ditawarkan dalam dua varian utama iaitu Wi-Fi dan 4G LTE + Wi-Fi. Berikut adalah harga realme Pad untuk pasaran India:

    • Wi-Fi 3GB+32GB: INR13,999 (~RM790)
    • 4G LTE + Wi-Fi 3GB+32GB: INR15,999 (~RM905)
    • 4G LTE + Wi-Fi 4GB+64GB: INR17,999 (~RM1,015)

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaan tablet ini di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme Pad dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Ingin cuba Galaxy AI? Datang ke “escape room” Samsung di Semua House KL!

    Samsung Malaysia kini sedang menganjurkan pameran khas Galaxy AI-Volution di Semua House, Kuala Lumpur dan menjemput anda untuk cuba sendiri fungsi Samsung...

    Apple HomePod Gen-2 & HomePod mini akan dilancar di Malaysia pada 10 Mei ini...

    Apabila bercakap mengenai produk audio Apple, kebanyakan rakyat Malaysia lebih mengenali produk AirPods. Siri Apple HomePod yang telah lama wujud selama untuk...

    Harga Infinix GT 20 Pro 5G untuk pasaran Malaysia didedah bermula RM1,299

    Infinix GT 20 Pro 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Mei ini tetapi butiran lanjut masih belum didedahkan oleh syarikat telefon...

    Google Play Store kini boleh memuat turun dua aplikasi serentak

    Baru-baru ini, Google telah memperkenalkan peningkatan kecil namun ketara pada Google Play Store yang membolehkan pengguna memuat turun dua aplikasi serentak pada...

    Pengguna TNG eWallet dan MyPB kini boleh buat pembayaran QR melalui Alipay+ di Hong...

    Pengguna Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) dan MyPB oleh Public Bank Berhad kini berpeluang untuk membuat pembayaran QR dengan lancar di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X