More

    Ingin membuktikan bumi berbentuk rata, Mike Hughes meninggal dunia berikutan roket buatan sendiri terhempas

    Netizen Malaysia pernah digemparkan dengan perdebatan tidak rasmi di laman media sosial mengenai sama ada bumi berbentuk bulat atau rata. Terkini, seorang penyokong ‘Flat Earth’ atau bumi berbentuk rata meninggal dunia setelah roket buatannya terhempas.

    Roket itu terhempas setelah mula berlepas di California. Pelancaran roket itu bagaimanapun ada dirakam oleh siri Science Channel bertajuk Homemade Astronauts. Mike Hughes, individu terkorban merupakan penyokong tegar ‘Flat Earth’ dan ingin membuktikan bentuk rata bumi dengan mencipta roket sendiri.

    Apa pun, Mike Hughes telah melancarkan roketnya kali pertama pada tahun 2014 setinggi 1,374 kaki. Malangnya, pada kali ini roketnya telah terhempas pada 22 Februari lepas.

    Adakah anda merupakan salah satu penyokong teori konspirasi bumi berbentuk rata? Kongsikan pendapat anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Google lancarkan Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite dan 3.5 Flash Cyber

    Google secara rasmi memperkenalkan tiga model kecerdasan buatan (AI) baharu iaitu Gemini 3.6 Flash, Gemini 3.5 Flash-Lite dan Gemini 3.5 Flash Cyber....

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured