More

    Youtube Music: Hadir dengan ciri main semula pada latar belakang secara percuma!

    YouTube hari ini mengumumkan bahawa aplikasi YouTube Music boleh dimainkan walaupun aplikasi tersebut ditutup. Aplikasi YouTube Music berada pada bahagian latar belakang ketika lagu dimainkan. Ianya percuma dan dilancarkan di Kanada dahulu bermula 3 November ini.

    Aplikasi YouTube Music sekarang ini membenarkan permainan lagu pada latar hanya untuk ahli YouTube Premium sahaja. Sekiranya tidak melanggan pakej premium, maka anda tidak boleh menutup aplikasinya ketika mendengar lagu. Sekiranya anda beralih ke aplikasi lain atau mematikan skrin anda maka main balik akan berhenti.

    Mereka juga akan mempunyai akses ke ciri stesen radio dan membuat senarai main. Sekiranya anda memuat naik lagu, anda juga boleh memainkannya pada bila-bila masa. Untuk sekarang, pelanggan Premium sahaja yang bakal menikmati muzik tanpa iklan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured