Spotify sentiasa berusaha untuk memastikan penggunanya mendapat pengalaman mendengar yang terbaik. Kami berbesar hati untuk berkongsi kemas kini terbaru kepada anda dengan pelbagai pelan Spotify Premium di Malaysia yang disesuaikan dengan keperluan penggunaan anda.
Dalam kemas kini ini, Spotify telah menambah dua pelan baharu iaitu Spotify Premium untuk Pelajar dan Spotify Premium Mini. Harga Spotify Premium untuk Pelajar ialah RM7.50/bulan dan Spotify Premium Mini pada RM0.75/hari atau RM2.90/minggu. Spotify Premium Mini merupakan pelan prabayar fleksibel yang menawarkan pengguna untuk akses kepada subset ciri Premium kegemaran mereka pada harga yang lebih rendah.
Spotify Premium ialah perkhidmatan langganan muzik paling popular di dunia dan menawarkan pengalaman mendengar yang tiada tandingan dengan akses kepada lebih 70 juta lagu termasuk mendengar muzik tanpa iklan, muat turun muzik di luar talian dan penstriman berkualiti.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







