More

    Imej ujian Snapdragon 898 didedah, miliki 3 kluster CPU

    Pendedahan terbaru yang mana terdapat sebuah telefon pintar yang telah menggunakan cipset Qualcomm SM8450 (mungkin telefon yang bakal dilancarkan). Cipset tersebut dikenali sebagai Snapdragon 898 iaitu pengganti 888. Namun, ada yang mengandaikan ia akan menggunakan nama 895.

    Aplikasi Maklumat Peranti HW memaparkan dan mengesahkan konfigurasi cip perdana baharu itu. Teras utama berdasarkan Cortex-X2 beroperasi pada 3.0 GHz. Seterusnya, tiga teras berasaskan Cortex-A710 yang beroperasi pada 2.5 GHz dan akhirnya empat teras Cortex-A510 beroperasi pada 1.79 GHz.

    Ia betul-betul sepadan dengan berita yang tertiris baru-baru ini. Walaupun kebanyakan cip telefon andalan generasi akan datang bakal menggunakan reka bentuk CPU yang serupa, namun GPU akan beroperasi dalam keadaan yang berbeza jika menggunakan Snapdragon 898. Tambahan, kami tidak tahu menjangkakan jenis peningkatan prestasi daripada Adreno 730.

    Tetapi, khabar angin mengatakan bahawa terdapat pertambahan prestasi sebanyak 20% melalui gabungan antara GPU Adreno 730 dan cipset Samsung 4 nm terbaru. Walaupun modem X65 5G tiada dalam penyenaraian, tetapi cipset 898 perlu mempunyai modem tersebut kerana kelajuan memuat turunnya sehingga 10 Gbps.

    Bercakap mengenai telefon yang menggunakan cipset SD 898 yang didedahkan di Geekbench, kami mengandaikan bahawa ianya adalah telefon vivo. Walau bagaimanapun, sesetengah berpendapat bahawa ini adalah Xiaomi 12. Kami masih belum menerima maklumat rasmi daripada mana-mana pihak tentang pelancaran cipset SD 898 ini.

    Apa-apa pun kita sama-sama tunggu kemunculannya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan cipset ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured