Pada bulan Mac, Twitter yang menghadapai kontroversi algoritmanya telah mula menguji cara baharu untuk pratonton imej pada platform iOS dan Android. Beberapa bulan kemudian, ia melancarkan keupayaan untuk melihat pratonton imej yang lebih besar pada iOS dan Android. Kini, ciri ini akhirnya tiba untuk pengguna web.
Menurut Twitter Support, ciri ini telah dilancarkan semalam kepada semua pengguna seperti Tweet di bawah. Pengguna yang menghantar atau memuat naik gambar ke Twitter akan kelihatan lebih besar daripada sebelumnya. Anda tidak perlu lagi mencari pilihan algoritma untuk bahagian paparan imej.
Satu lagi ciri yang diumumkan Twitter adalah keupayaan untuk memuat naik dan melihat imej 4K pada aplikasinya yang masih dalam ujian beta untuk sesetengah pengguna. Pelancaran pratonton imej yang lebih besar pada versi web ini hadir hanya beberapa hari selepas Twitter memperkenalkan Twitter Blue ke Amerika Syarikat dan New Zealand.
Dengan $2.99 (~RM12) sahaja, pelanggan Blue boleh membuka kunci fungsi tambahan termasuk keupayaan untuk membuat asal tweet yang baru dihantar (bukan butang edit) dan akses kepada ciri tema dan penanda halaman baharu.
Berikut adalah fungsi yang terdapat dalam langganan Twitter:
- Undo Tweet: tersedia kepada pengguna iOS, Android dan web
- Ad-free articles: tersedia kepada pengguna iOS dan web
- Thread Viewer: tersedia kepada pengguna iOS, Android dan web
- Bookmark Folders: tersedia untuk pengguna iOS dan Android
- App icons: tersedia untuk pengguna iOS dan Android
- Upload longer videos: tersedia untuk pengguna Android
- Top Articles: tersedia kepada pengguna iOS dan web
- Custom navigation: tersedia untuk pengguna iOS
- App Theme: tersedia untuk pengguna iOS
- Pinned conversations: tersedia untuk pengguna iOS
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: 9to5mac







