More

    Celcom tawarkan pulangan tunai bagi tambah nilai melalui e-dompet untuk menyokong kebajikan pengguna

    Dalam usaha memberikan nilai terbaik kepada pengguna, Celcom Axiata Berhad (Celcom) memperkenalkan tawaran inovatif terkini yang membolehkan pengguna pascabayar dan prabayar untuk menikmati pulangan tunai dan penjimatan.

    Inisiatif ini sejajar dengan pengumuman terkini Pakej Rangsangan Ekonomi yang disasarkan untuk menangani kesan ke atas ekonomi akibat daripada penularan wabak COVID-19 di Malaysia, di samping menjaga kebajikan rakyat.

    Bermula hari ini 28 Februari 2020 sehingga 30 Jun 2020, pelanggan prabayar, Celcom Xpax akan menikmati pulangan tunai 10% apabila mereka membeli tambah nilai Celcom Xpax dan tambah nilai Internet RM10 dan ke atas melalui aplikasi Celcom Life.

    Selain itu, pelan pascabayar Celcom MEGA™ yang baru dilancarkan didatangkan dengan ciri Tukar Beli sehingga 30 Jun 2020 juga membolehkan pengguna pascabayar menukar data yang tidak digunakan pada setiap penghujung kitaran bil kepada pulangan tunai melalui e-dompet Boost, dengan kadar 10GB bersamaan pulangan tunai RM5.

    Untuk menikmati pulangan tunai melaui pelan prabayar Celcom Xpax, pengguna hanya perlu mengikuti langkah mudah berikut:

    1. Muat turun dan log masuk ke apilkasi Celcom Life
    2. Pautkan e-dompet Boost melalui apilkasi Celcom Life (lihat gambarajah di bawah)
    3. Pilih “Reload” dan pilih “Credit Reload” atau “Internet Reload”.
    4. Pilih amaun tambah nilai
    5. Tambah Nilai (RM10, RM30, RM50 atau RM100); atau
    6. Tambah Nilai Internet (RM10, RM12, RM19, RM30, RM38, RM50, RM79)
    7. Nikmati pulangan tunai Boost 10% sehingga RM20 bagi setiap nombor MyKad/Pasport setiap bulan

    Selain itu, pengguna pascabayar Celcom juga boleh menikmati rebat satu kali sebanyak RM50 bagi setiap akaun dalam kitaran bil yang berikutnya, apabila mereka memilih perkhidmatan Bil Automatik. Sebagai tambahan, pengguna pascabayar yang memilih bil bulanan digital boleh menikmati penjimatan sehingga RM10 setiap bulan yang dikenakan ke atas dokumen bil yang dicetak. Untuk maklumat lanjut, layari www.celcom.com.my.

    Adakah anda berminat untuk melanggan pelan yang ditawarkan oleh Celcom ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama TechNaveBM.com untuk berita seperti ini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...