More

    Anda boleh semak situasi jalan raya yang terjejas oleh bencana alam melalui laman web JKR

    Baru-baru ini, negeri-negeri Semenanjung mengalami masalah banjir yang amat teruk sehingga beberapa batang jalan terpaksa ditutup berikutan paras air yang terlalu tinggi. Jika anda ragu-ragu dengan situasi terkini tentang jalan raya berdekatan, anda boleh semak laman web khas yang telah dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

    Laman web yang dinamakan Laman Rasmi Pengurusan Bencana JKR itu membenarkan pengguna untuk melihat situasi terkini dalam semua jalan di seluruh negara. Ia turut memaparkan jenis bencana yang terlibat seperti banjir, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap, jambatan rosak dan sebagainya.

    Data yang dipaparkan dalam laman web tersebut akan dikemas kini mengikut perkembangan situasi terkini. JKR turut menyenaraikan jalan alternatif kepada jalan yang tidak boleh diakses berikutan bencana yang telah berlaku.

    Jika anda merancang untuk memandu jauh pada hari ini, pastikan anda semak laman web JKR ini terlebih dahulu. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured